Kerajaan akhirnya mengakui secara terbuka bahawa memang wujud penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja kem pembalakan di Baram, Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menerima tekanan kumpulan NGO untuk menyiasat dakwaan tersebut sejak ia pertama kali dibangkitkan, hampir setahun lalu.
Laporan penderaan seks itu diserahkan kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, yang juga ahli parlimen Ampang, semalam.
Laporan berkenaan menyenaraikan sekurang-kurangnya lapan kes penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja pembalakan.
Ia menyebut, beberapa mangsa pencbulan itu termasuklah murid-murid sekolah, semuda 10 tahun.
NGO setempat mendakwa kes-kes yang didokumentasikan ini hanyalah sejumlah kes penderaan seks di kalangan suku kaum ini.
Jawatankuasa bertindak kebangsaan bawah kementerian wanita diarahkan oleh kabinet pada 8 Oktober tahun lalu untuk menyiasat perkara tersebut.
Anggota jawatankuasa itu melawat Long Item, Long Kawi, Long Luteng, Long Belok, Kampung Ugos, Jambatan Suai, Niah antara 10 hingga 15 November tahun lalu.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment