Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, September 11, 2009

Ronnie Liu siar senarai belanja DUN - Malaysiakini

ADUN Pandamaran, Ronnie Liu, akan menyiarkan senarai perbelanjaan peruntukan negeri bagi tiga kawasan seliaannya, sebelum menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak lama lagi.

Selain DUN Pandamaran, Liu yang juga exco kerajaan Selangor, turut menyelia pembelanjaan peruntukan negeri tahunan RM500,000 bagi DUN Sungai Pelek dan DUN Sungai Panjang.

"Saya mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak ada apa yang hendak saya sembunyikan," katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam.

Menurutnya, dokumen-dokumen berkenaan boleh dimuat-turun dari blognya.

"Dengan laporan terperinci itu, rakyat dan akhbar boleh melihat sendiri bagaimana peruntukan negeri disalurkan semula kepada kepada rakyat," katanya.

Salinan senarai tersebut yang diedarkan kepada media, menunjukkan peruntukan RM500,000 telah habis digunakna untuk Pandamaran.

Liu berkata, beliau akan masih menyalurkan dana untuk program kemasyarakatan dan projek pembangunan dalam kawasan Pandamaran tahun depan.

Malaysiakini

No comments: