Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, May 11, 2010

Ghafur Letak Jawatan Ahli Parlimen, Angkara Pengumuman Zahrain - TVS

KUALA LUMPUR 11 MEI: Datuk Abdul Ghapur Salleh didakwa Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang menyertai rancangan projek 16 September, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.

Mengikut Malaysian Insider, Ahli Parlimen Kalabakan itu mahu mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan menolak surat peletakan jawatan itu.

Tindakan Ghafur itu berikutan mahu menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar”.

Ghapur dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas pengumuman Zahrain berkaitan projek 16 September.

Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi Malaysian Insider bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan.

TVS

1 comment:

Anonymous said...

Apa susah datuk. Kalau orang dah tak percaya kat kita, apa tunggu lagi. Cabut le. Kaya dah kaya. Nak buat kebajikan bantu rakyat, tak payah jadi mp pun boleh buat.