Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 16, 2008

HANGAT HARI INI

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat hari ini.

Saifuddin Nasution juga berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan.

Difahamkan pihaknya sudah memujuk dan mendapatkan sokongan 40 hingga 45 Ahli Parlimen termasuk anggota Kabinet.

“Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan pada sidang media (hari ini),” katanya.

ANWAR IBRAHIM

“Tomorrow is the D-day. We are ready to form the government. We have the numbers and we are ready to announce tomorrow.

“Tomorrow, we are ready. But the best time (for the takeover), I tell you, is when we meet the prime minister.

“A peaceful transition is paramount,” he added, conceding that there will not be a change of government tomorrow as he had promised earlier.

“We have the numbers but we want to meet with Abdullah, show him the evidence and work out a handover because we want a peaceful transition,”

LAGI USAHA MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT DARI RAKYAT

Jika ada perkara yang berlaku atau diputuskan oleh sesebuah kementerian, Menteri Wilayah Persekutun Datuk Zulhasnan Rafique berkata kementerian lain tidak wajar membincangkannya secara terbuka dalam media.

Jika ia dilaporkan dalam media, akan membawa kepada perbincangan secara terbuka dan menimbulkan polemik di kalangan masyarakat.

“Apabila ada isu yang hendak dibincangkan, biarlah ia dibincangkan secara dalaman, dengan cara itu (bincang secara dalaman) ia boleh diselesaikan.

“Biarlah kementerian itu selesaikan masalah mereka sendiri, tanpa campur tangan orang (kementerian) lain kerana dalam kabinet sendiri, kita tidak sentuh tanggungjawab kementerian lain.

katanya isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) biarlah Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menanganinya.

UTUSAN DI SAMAN 30 JUTA.

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok - yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya.

Beliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos.

Pada 10 September lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel berjudul ‘Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ (babi) yang menyebut “seorang YB wanita DAP yang berkaca mata” menasihatkan pengurusan sebuah surau supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh dalam kolum ‘Cuit’ .

TERESA KOK AKAN DI TAHAN SELAMA 28 HARI

Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok akan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 28 hari, kata bapanya hari ini.

“Beliau berkata, polis memberi satu notis kepadanya semalam, yang memaklumkan bahawa penahanannya akan dilanjutkan selama 28 hari.

MUHYIDDIN YASIN LANTANG BERSUARA

Muhyiddin, juga naib presiden Umno berkata, beliau tidak melakukan kesalahan dan hanya menjalankan tugas dalam kabinet dan parti serta menyampaikan pandangan akar umbi.

“Bagi saya, saya tidak fikir kenyataan yang saya buat itu luar biasa mengenai peralihan kuasa, membawa beban kepada negara malah tujuan kita adalah untuk memperbaiki, sedarkan, kalau kita tidak buat sesuatu mungkin ada masalah besar akan berlaku.

“Mungkin ada pihak yang tidak suka tengok muka saya dalam kabinet mendesaklah (untuk letak jawatan).

Sumber: Parlimen Ampang

No comments: