Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 16, 2008

Manir: Mahkamah tolak petisyen BN

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak dengan kos petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong terhadap kemenangan Datuk Harun Taib (PAS) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Terengganu.

Wan Sagar memfailkan petisyen itu pada 28 April lalu bagi mencabar kemenangan PAS atas dakwaan salah laku penyokong pembangkang itu ketika pilihanraya umum lalu.

Beliau menamakan Harun, pegawai pengurus pilihanraya DUN Manir dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Wan Sagar meminta mahkamah bertindak terhadap dakwaan salah laku para penyokong dan aktivis PAS yang antara lain menghalang pengundi membuang undi, merampas kad pengenalan pengundi dan menakutkan mereka daripada keluar mengundi.


Sumber: Malaysiakini

No comments: