Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, September 21, 2008

Kembali Lagi

Salam,

Blog AMK Melaka kembali dikemaskini seperti biasa setelah hampir 2 hari tidak dikemaskini disebabkan aktiviti yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Buat pengetahuan semua sepanjang bulan Ramadhan ini AMK Melaka telah sibuk dengan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian, Mesyuarat Agung Tahunan AMK Bahagian dan sebagainya.

Selain itu, AMK Melaka telah empat menganjurkan beberapa aktiviti antaranya melawat Ahli Pakatan Rakyat di Hospital Besar Melaka, mengadakan beberapa pertemuan untuk membuka cawagan baru di negeri Melaka dan aktiviti Jejak Fakir dengan tujuan memberikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan ibu tunggal meringankan beban merekan bersempena Ramadhan ini.

Aktiviti yang telah diadakan telah mendapat sambutan dan perhatian masyarakat setempat. Terutama sekali aktiviti Jejak Fakir yang menjelajah beberapa kawasan di dalam bahagian Bkt Katil, Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka. Lebih 40 bungkusan barangan kegunaan harian telah disumbangkan dan diakhir aktiviti Jejak Fakir, AMK Melaka telah berkesempatan mengiringi Ketua Angkatan Muda Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar berbuka di rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin.

Admin

No comments: