Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, September 21, 2008

Kerajaan bincang turun harga minyak Rabu ini

JOHOR BAHARU: Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat Kabinet berkenaan untuk diputuskan.

"Insya-Allah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir Kabinet sebelum kita berhari raya.

"Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai," katanya.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim kawasan Flet Sri Stulang, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.

"Kita kena buat penyesuaian kerana kita khuatir segelintir pengusaha stesen minyak tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pembekal sekiranya mereka tahu harga akan turun," katanya.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70. BERNAMA

Sumber: mSTAR

No comments: