Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, May 18, 2009

Menteri harus kemuka isu antarabangasa, bukan fitnah - SK

KUALA LUMPUR, 17 Mei (SK) : Menteri Luar Anifah Aman seharusnya bersikap lebih bertanggungjawab menjalankan amanah negara sebagai seorang menteri bukannya memperkatakan urusan peribadi ketika berucap dalam majlis diperingkat antarabangsa.

Lanjutan kenyataan Anifah di sedang media di Washington semalam yang memfitnah Anwar dengan dakwaan bahawa Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau.

Dalam sidang Media beliau di Penanti pada 16 Mei lalu, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata, betapa ceteknya pemikiran kabinet Najib sekarang,

“Seharusnya beliau bertanyakan pendirian Obama mengenai isu Palestin, menyelesaikan isu rundingan Hamas Fatah, isu Myanmar di Asean dan pelbagai lagi yang menjuruskan kepada komitmen Malaysia berhubung isu antarabangsa,” jelas Anwar.

‘Bukannya cuba menfitnah orang lain dan mencari publisiti murahan ketika memikul amanah rakyat,” kata Anwar kepada pemberita.

“Sebagai seorang menteri, dia patut bawa isu-isu besar di Washington,” kata Anwar lagi.

“Biasalah, orang yang diam, bila naik pangkat dia bersuara. Sebelum ini dalam parlimen, dia (Anifah) hanya diam, tidak pernah membawa sebarang isu besar,” tambah Anwar.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Anwar berkata beliau tidak terperanjat dengan kenyataan Anifah itu, kerana itu adalah kebiasaan bagi sesiapa yang baru dinaikkan pangkat.

Anifah yang merupakan Ahli Parlimen Kimanis tidak mempunyai jawatan ketika itu kerana beliau menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan di bawah kabinet Abdullah Badawi. Perdana Menteri baru, Najib Razak bagaimanapun mengangkat beliau
sebagai menteri penuh.

“Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataan media.

“Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,” kata Sankara lagi.

Justru itu, Anwar menggesa Anifah memohon maaf atau menghadapai tindakan mahkamah.

SK

No comments: