SIDANG MEDIA AMK BAHAGIAN TANGGA BATU.
14 MEI 2009
AMK Mahu Projek di Persisiran Pantai diberi Perhatian Semula
Bukit Rambai- Angkatan Muda Keadilan Bahagian Tangga Batu tetap melihat pembangunan di persisiran pantai Melaka di sepanjang pantai Klebang wajar diberi perhatian. Walaupun kerajaan negeri ingin membuat pembangunan disini ia perlu diambil kira semua pihak.
Ini dilihat apabila sesetengah kawasan yang menjadi korban beberapa para pemaju untuk membuat projek. AMK Tangga Batu melihat disepanjang pantai di Klebang telah ditambak untuk di buat lebuhraya dan banyak kesan alam sekitar yang berlaku. Kita ambil contoh seperti fenomena banjir yang kerap berlaku mutakhir ini.
Pada awal tahun 2008 juga beberapa persatuan nelayan membuat bantahan berkenaan kehilangan mata pencarian berikutan penambakkan laut tersebut. Melaka juga terkenal dengan industri geragau yang popular, AMK khuatir ia akan pupus dan lenyap dari bumi Melaka ini.
Seterusnya jika diteliti kes penggambilan tanah di Kg Batang Tiga Timur yang ternyata dilihat berat sebelah dimana penduduk kampung yang telah menetap begitu lama diarahkan keluar dangan satu notis dan dimaklumkan tanah kampung mereka telah terjual sejak 2007 ia merupakan tanah pusaka mereka.
Sekali lagi AMK Tangga Batu ingin memastikan dan mengajukan persoalan bagaimana tanah mereka terjual dengan sendirinya.
AMK melihat kerajaan negeri tidak harus lepas tangan walaupun yang membelinya adalah pihak persendirian.
Hasil daripada kejadian ini penduduk kampung telah mengadakan demonstrasi dan telah menfailkan saman dalam kamar ex-parte untuk memohon perintah mahkamah untuk membatalkan notis pembatalan caveat yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Melaka.
AMK Tangga Batu juga menyanggah kenyataan Setiausaha Pemuda UMNO Tangga Batu sdr. Abdul Jameel yang menyatakan AMK tidak tahu sejarah tanah tersebut. Ini menunjukkan mereka sendiri tidak tahu sejarah kewujudan kampung tersebut sejak tahun 1885 yang telah diterokai itu. Ternyata mereka hanya retorik didalam menjaga kepentingan rakyat khususnya orang melayu. AMK Tangga Batu tetap komited dengan mempertahankan hak penduduk kampung ini.
Ketua AMK Bahagian Tangga Batu
Mohd Lokman Abdul Ghani
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment