KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menggantung Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Wong Ho Leng daripada menghadiri persidangan Dewan selama 12 bulan berkuatkuasa serta-merta mulai semalam.
Penggantungan Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak sehingga Mei tahun depan, dibuat berhubung kenyataannya semasa persidangan Dewan pada November tahun lalu.
Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar meluluskan usul penggantungan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr James Masing dan disokong oleh ADUN Tarat, Roland Sagah.
Seramai 60 Adun Barisan Nasional mengundi menyokong usul tersebut sementara tujuh ADUN pembangkang tidak menyokong usul tersebut.
Di luar Dewan kemudiannya, Ho Leng memberitahu pemberita bahawa penggantungan beliau sebagai tidak demokratik dan sangat malang.
"Kami bercadang akan mengambil tindakan undang-undang," katanya. BERNAMA
mStar
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment