Pemimpin Hindraf dan DAP yang dibebaskan Sabtu lalu - M Manoharan - hari ini menolak sebarang kemungkinan menyertai MIC.
ADUN Kota Alam Shah itu berkata beliau menolak budaya MIC.
"Malah, bila penyokong saya mahu kalung bunga selepas pembebasan saya, saya menolaknya kerana ia adalah budaya MIC," kata Manoharan yang juga seorang peguam.
"DAP mengalir dalam darah saya... saya dilahirkan untuk bersama DAP. Saya menjadi pembantu (pengerusi DAP) Karpal Singh selama 10 tahun.
"Saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi inilah pendirian saya," katanya.
Manoharan mengulas jemputan setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam kepada pemimpin HIndraf itu untuk menyertai parti itu.
Manoharan dan dua lagi pemimpin Hindraf, P Uthayakumar dan T Vasanthakumar dibebaskan dari tahanan di bawah ISA Sabtu lalu.
Mereka dan dua lagi pemimpin Hindraf - V Ganabatirau dan R Kenghaddharan - ditahan pada bulan Disember 2007 selepas mengadakan bantahan besar-besaran di Kuala Lumpur.
Ganabatirau dan Kenghaddharan dibebaskan bulan lalu, sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai perdana menteri.
Sementara itu, Manoharan berkata, beliau mahu enam syarat pembebasannya ditarik balik serta merta.
"Sebagai wakil rakyat, kebebasan saya tidak seharusnya dibataskan," tambahnya.
Manoharan hari ini melanggar salah satu syarat tersebut apbila tidak memaklumkan kepada polis di mana dia berada.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment