Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 30, 2008

Perutusan Eidulfitri oleh DSAI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.

Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulaskan oleh para ulama, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:

Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.

Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.

Rakan-rakan sekalian,

Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”

Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.

Rakan-rakan sekalian,

Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”

Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Proton Satria Neo: Top Gear Australia’s “Bog Standard Car!”


Fans of Top Gear will know that one of the segments in the popular motoring TV show is the “Star in a Reasonably Priced Car”. In the UK show it is currently the Chevrolet Lacetti (called the Optra on our shores), which replaced a Suzuki Liana after the first 7 seasons.

What happens is a celebrity is brought onto the show, is interviewed about his or her interests in cars, then the star sets a lap around the Top Gear test track in the car.

In Top Gear Australia, the segment is called the “Star in a Bog Standard Car”, and the first car used is our very own Proton Satria Neo! I’d say its a great choice thanks to its relatively cheap price and above average handling, and for the most of it because I am Malaysian and I am proud to see a Proton used by the show.

Proton Australia (whether they paid for this inclusion or not) must be really happy that their little hatch getting plenty of airtime through the show. As for the new and upcoming Top Gear USA, their reasonably priced car is supposed to be the Kia Rio.

Sumber: Paul Tan

Manikavasagam kekal timbalan pengerusi PKR S'gor

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Timbalan pengerusi PKR Selangor, kata Setiausaha Politiknya, M Shanmugam hari ini.

Manikavasagam yang tidak dapat dihubungi, sebelum ini mengancam untuk meletakkan jawatan tersebut sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap orang yang bertanggungjawab merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang.

Usaha untuk menghubungi ahli parlimen Kapar itu tidak berjaya kerana beliau telah menutup telefon bimbitnya.

Semalam, kerajaan negeri telah mengenakan tindakan menggantung tugas Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hamid Hussein selama seminggu berhubung isu tersebut.

"Manikavasagam akan mengekalkan jawatan timbalan pengerusi PKR Selangor selepas penggantungan tugas orang di belakang perobohan tersebut," kata Shanmugam.

Akhbar The Star hari ini memetik Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu sebagai berkata, Hamid akan digantung tugas sementara siasatan dijalankan terhadap isu perobohan kuil berkenaan.

Hamid dikatakan pegawai yang mengarahkan supaya kuil yang berusia 19 tahun itu, yang terletak berhampiran Kampung Tasek Tambahan, dirobohkan dua minggu lalu.

Menurut laporan itu lagi, jawatankuasa tiga anggota kerajaan negeri mengenai hal ehwal agama orang bukan Islam - yang dianggotai oleh Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Liu - telah memulakan siasatan.

Hasil siasatan mereka dijangka diketahui Isnin depan.

K'jaan negeri tidak tahu

Sementara itu, Shanmugam berkata, beliau telah menemui Nik Nazmi Nik Ahmad - setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beliau berjanji bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab merobohkan kuil tersebut.

"Beliau memberitahu saya bahawa kerajaan negeri tidak terbabit dalam perobohan kuil tersebut dan ia akan mengambil tindakan susulan selepas tamat tempoh penggantungan tugas (Hamid)," tambahnya.

Shanmugam berkata, beliau yakin kerajaan negeri tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan tindakan menggantung tugas Hamid, menunjukkan kerajaan sensitif terhadap masalah rakyat.

Menurut Liu, Hamid sebagai timbalan presiden MPAJ, dilaporkan membuat keputusan berhubung perkara tersebut kerana presiden MPAJ sedang bercuti ketika kuil tersebut dirobohkan.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan mencari satu penyelesaian mengenai kuil Dri Mahakaliaman secepat mungkin dan memandang berat tindakan merobohkan tempat-tempat ibadat.

Hamid tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya mengenai perkara tersebut.


Sumber: Malaysiakini

Esok Di Kamunting

Malam ini pintu sel ditutup jam 7.00 petang. Kalau sendirian maka sendirianlah. Maghrib dan tarawikh dalam sel. Takbir didengari dari belakang tembok.

Esok subuh kedengaran azan. Pintu sel di buka jam7.00 pagi. Baju yang itu, yang itu jugalah. Sudah dibasuh dan himpit bantal. Seluar biru dan baju putih.

Kunci pun dibuka. Pegawal sampai. Lalu beratur dari blok ke blok menuju ke masjid. Maka untuk pertama kalinya dapat bertemu dan bersalaman. Maka ternampak muka - muka yang baru dan muka yang lama. Tak puas-puas bertanya khabar. Dari mana dan sel mana. Blok mana dan asal dari mana.

Imam pun berkhutubah diantara kebun-kebun sayur dan bilik-bilik orang salah. Bagitu ramai banduan dan tahanan. Melimpah ruah hingga ke laman. Semuanya berdoa dan berjanji. Si banduan menyesal tak buat lagi. Si tahanan bertekad menguji diri

Maka terigatlah anak dan isteri. Mereka yang lama tidak ke sini.

Habis khutbah beratur lagi. Pulang ke blok untuk menikmati makan. Hari raya menu nya hebat sekali. Ada kueh kek ,pisang dan roti.

Hari ini macam semalam.Hari semalam macam dahulu. Hari dahulu macam 2 bulan dulu. Hari dua bulan dulu macam tiga tahun dahulu. Hari tiga tahun dahulu macam enam tahun dahulu.

Hati berdebar menunggu angka di panggil - 2504!

Di luar dari subuh lagi anak isteri telah beratur. Menunggu giliran untuk bertemu. Nasib baik dapat makan semeja. Kalau tidak dalam bilik pertemuan dipisah oleh jeriji. Tak boleh usik badan tak boleh raba gigi.Nak cium pipi jauh sekali.

Nasib baik banyak saudara yang datang. Ada lemang dan nasi impit. Kalau nasib baik dapat bawa ke dalam sel. Jika ‘ikut arahan’ semua tidak di bolehkan.

Tidak banyak yang hendak di cerita. Mulut penuh lemang sambil hendak mendengar berita tentang si polan dan si anu. Tentang kenduri kahwin dan yang meninggal dunia. Tentang anak sekolah dan periksa tahunan. Tentang duit tak cukup dan sewa rumah. Tentang cari kerja dan pembantu di rumah.

60 minit semua selesai. Maka pulanglah ke dalam sel. Hati berdebar jiwa bersedih. Hati menjadi tabah jiwa bertambah kaseh. Anak dan isteri, ibu dan mertua, kucing dan anjing, pena dan tinta – semua berligar dalam ingatan.

Jam 7.00 sel di tutup. Itu lah berhari raya di Kamunting.


Sumber: Tukar Tiub

Tindakan Terhadap Timb. YDP MPAJ

Ampang Jaya Muni­cipal Council (MPAJ) deputy president Hamid Hussain, who allegedly ordered that the Sri Maha­kaliaman temple be demolished, has been suspended for a week effective today.

State Local Government, Research and Study committee chairman Ronnie Liu said Hamid was being suspended pending investigations.

The decision to suspend him was made yesterday.

He said the state three-man committee on non-Muslim religious affairs comprising Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar and himself has begun their investigations into the temple demolition.

baca selanjutnya di STAR Korang tau tak yang MPAJ bukan sahaja roboh kuil ... tapi surau juga ... KLIK SINI

Sumber: Umnomore

Aktiviti: Ramadhan 2008 (Rumah Anak Yatim di Bkt Katil)






Aktiviti: Ramadhan 2008 (Rumah Anak Yatim di Jasin)






Aktiviti: Ramadhan 2008 (Jejak Ramadhan)






Antara Politik & Korporat

Sejak awal lagi Pakatan Rakyat terutama PKR sudah dapat kesan tindakan pilih kasih dan ala korporat Menteri Besar di dalam Pemerintahan Negeri. Walaupun di kritik hebat oleh ahli ahli Parti, MB selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih keras kepala dan degil dengan keputusan yang sudah dibuat. Sedangkan MB tidak sedar bahawa politik tidak sama dengan dunia koporatnya.

Bermula dengan keadaan ekonomi negeri membawa kepada bermacam peristiwa, kelihatan rancangan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat sudah kian mencapai wawasan. Yang pasti baru baru ini timbul pula isu runtuhan kuil di Ampang yang akan menjadi isu berat kalau tidak di tangani dengan bijaksana.

Walaupun dengan jelas Ahli Parlimen kawasan tersebut, YB Zuraidah Kamaruddin, cuba membuat penerangan DI SINI, tapi sudah menjadi lumrah, media arus perdana cuba memutarbelitkan berita sehingga sebahagian kaum Hindu yang percaya dengan berita berita tersebut, menjadi marah. Berita perletakan jawatan MP Kapar, S. Vanikavasagam, telah turut menghangatkan isu tersebut.

Sebelum ini EXCO Kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier ada cuba menjelas kan keadaan tersebut dan menerangkan bahawa operasi meruntuh kuil itu adalah tindakan MPAJ sendirian tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri dan apa yang kita tahu, segala tindak tanduk MPAJ tertakluk kepada kelulusan dan kebenaran Yang di Pertuan MPAJ itu sendiri. Buktinya DI SINI. Tapi siapa yang mahu dengarkan alasan lagi?

Selanjutnya

Kerajaan PR mesti contohi ketegasan kerajaan Perak

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berharap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mencontohi kerajaan negeri Perak dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan kesalahan.

"Kerajaan-kerajaan PR bukan sahaja mesti mementingkan kredibiliti para pemimpinnya malah ia juga mesti meliputi para pegawainya," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kerajaan negeri Perak Ahad lalu memecat serta merta Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung apa yang dinyatakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Rabu lalu, 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Ipoh.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ??Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.?

Bagaimanapun, katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

??Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu??? ujar Zul.

Kepada Mahfuz, apa yang berlaku kepada Zul itu bukan semata-mata tuduhan atau mempunyai unsur konpirasi.

"Sebaliknya, orang itu sendiri dengan jelas mengakui beliau mengakui perbuatan terkutuk dan jijik itu," katanya.

Tidak kira sama ada perbuatan itu berunsur rasuah atau tidak, kata Mahfuz, apa yang diakui dilakukan oleh Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang dipecat itu adalah satu kesalahan.

"Seseorang pegawai awam bukan sahaja tidak boleh memberikan kenyataan yang tidak menunjukkan rasa bersalah setelah melakukan kesalahan dan perbuatan tidak berakhlak seperti itu malah kalau disembunyikan sekalipun ia tetap salah dan mesti diambil tindakan tegas dan keras," katanya.

Mahfuz mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar dan kepimpinan negeri Perak yang berani bertindak tegas dalam isu tersebut.

"Keputusan dan tindakan itu mesti didokong oleh semua pihak," katanya.

Mahfuz juga meminta rakyat bersuara tegas untuk mendesak para pemimpin yang ternyata melakukan kesalahan, tidak kira kesalahan jenayah atau moral, supaya berundur segera.

"Kita tidak mahu melihat ada pelbagai pengakuan bersumpah yang mengaitkan seseorang pemimpin dengan kesalahan, sama ada kesalahan jenayah, moral apa lagi kesalahan dari segi agama terus berdalih-dalih dengan hujah yang rapuh atau lebih buruk lagi terus berdiam diri seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Rakyat mesti bertindak dengan tersusun dan tegas untuk menuntut mereka berundur," kata Mahfuz._


Sumber: HarakahDaily

DSAI Pilihan Jadi PM?


Siapa PM yang lebih baik?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pilihan popular untuk menjadi perdana menteri, diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan 40 peratus memilih Anwar manakala Najib memperolehi 34 peratus. Manakala satu perempat responden tidak dapat memilih atau yakin dengan kedua-dua calon tersebut.

Dalam soalan berasingan, 39 peratus bersetuju Najib boleh menjadi perdana menteri hyang baik, manakala 44 peratus lagi tidak bersetuju.

Ini dianggap sebagai satu berita baik untuk timbalan perdana menteri itu walaupun ketinggalan di belakang Anwar kerana peratusan penerimaannya sebagai perdana menteri telah meningkat lima peratus berbanding dengan tinjauan pendapat Julai lalu. Manakala peratusan untuk Anwar pula turun tiga peratus.

Ketika dihubungi, pengarah eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffin berkata ini adalah kali pertama mereka membandingkan Anwar dengan Najib.

"Antara sebab kami turut memasukkan soalan itu kali ini ialah kerana tinjauan ini dijalankan di sekitar 16 September. Juga, Anwar telah menonjolkan diri sebagai bakal perdana menteri," kata Ibrahim.

Sebelum ini, penasihat PKR itu telah menetapkan tarikh 16 September untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dari Barisan Nasional.

Seramai 1,002 responden dipilih untuk tinjauan pendapat tersebut yang diadakan antara 11 hingga 22 September lalu.

Ejen Amerika

Dalam tinjauan itu juga, hanya 15 peratus percaya tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar manakala 13 peratus lagi percaya beliau seorang "penjenayah seksual".

Walaupun 21 peratus percaya dengan tuduhan bahawa beliau menjadi "ejen Amerika" tetapi 51 peratus lagi percaya ketua pembangkang itu seorang pemimpin yang "kuat dan berwawasan" serta "seorang pengurus ekonomi yang cekap".

Penyokong Anwar adalah lebih pelbagai kaum, berbanding dengan penyokong Najib yang sebahagian besarnya orang Melayu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sokongan sebenar orang Melayu kepada kedua-dua pemimpin tersebut.

Sebanyak 17 peratus orang responden Melayu percaya Anwar seorang "penjenayah seks" manakala hanya 8 peratus responden Cina dan 1 peratus responden India berkongsi sentimen tersebut.

Hasilnya adalah sama berhubung tuduhan Anwar seorang "ejen Amerika/Yahudi" dengan 28 peratus Melayu berkata "iya" berbanding dengan hanya 12 peratus (Cina) dan 4 peratus (India).

Apabila ditanya secara khusus sama ada Najib boleh menjadi perdana menteri yang baik - tanpa membandingkan beliau dengan orang lain - responden Melayu 52 peratus, Cina (29) dan India (10 peratus).

Mengenai Abdullah

Hasil tinjauan tersebut juga menunjukkan ranking bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berubah berbanding dengan tinjauan bagi bulan Julai.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia (21 peratus) menyifatkan keadaan politik yang tidak menentu yang menyelubungi negara sekarang sebagai kebimbangan mereka yang paling besar - meningkat daripada 10 peratus berbanding dengan dua bulan lalu.

Sebanyak 50 peratus berkata mereka masih begitu bimbang dengan isu-isu ekonomi.


Sumber: Malaysiakini

Monday, September 29, 2008

ISU PEROBOHAN KUIL SRI MAHA KALLIAMAN, AMPANG

KENYATAAN MEDIA Ahad, 28 September 2008

ISU: PEROBOHAN KUIL SRI MAHA KALIAMMAN,AMPANG.

Laporan beberapa buah akhbar berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris hari ini telahpun menyiarkan sedutan daripada kenyataan media saya semalam berkenaan kes di atas.Namun saya amat kecewa apabila kenyataan asal saya telah diputar belit dalam konteks yang amat bertentangan oleh beberapa buah akhbar dengan mengambil rujukan daripada sidang media oleh S. Samy Vellu, Presiden MIC.Disini saya ingin membuat penerangan mengenai isu perobohan kui tersebut.

Menurut Murugiah selaku pengerusi kuil berkenaan bahawa kuil itu sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian kecil yang berterusan apabila tindakan perobohan dijalankan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).Adalah lebih malang apabila sekali lagi S. Samy Vellu membuat kenyataan tentang perkara yang tidak diketahuinya. Beliau harus sedar dan tidak sepatutnya cuba menjadi juara kepada masyarakat India dalam perkara ini hanya setelah beliau dan parti pimpinannya ditolak mentah-mentah oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lepas.

Kini kebajikan masyarakat semua kaum di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat terutama sekali di negeri Selangor ini terpelihara dengan baik. Saya menyeru supaya S.Samy Vellu dan pimpinan MIC yang lain memikirkan soal saham Maika Holdings yang hilang, tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang diambil MIC sendiri, soal pendidikan dan kebajikan masyarakat India sendiri. Oleh itu, saya mencabar S. Samy Vellu untuk membuktikan dakwaan beliau kepada saya.

Saya juga suka menyatakan bahawa berikutan lawatan Y.B Dr Xavier Jeyakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor ke kawasan kuil itu pagi ini, telah menjernihkan suasana dan diterima baik oleh penduduk setempat dan AJK kuil berkenaan. Kini Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencari penyelesaian kepada perkara tersebut.

Adalah diharapkan agar isu ini tidak lagi disensasikan media lebih-lebih lagi dengan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan tersasar. Dapat saya simpulkan di sini bahawa isu berkenaan sebenarnya sudah ditangani dengan baik oleh kesemua pihak yang terlibat dan kita harus terus melihat kehadapan dalam memperkasa pelbagai agenda lain yang memberi lebih banyak manfaat kepada keseluruhan masyarakat termasuk kaum India di Negara ini.

Akhir sekali saya meminta kerjasama semua media yang menyiarkan kenyataan saya yang bercanggah daripada asal agar menarik semula kenyataan tersebut dengan kadar segera dan membuat pembetulan.. Ini amat penting bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat.

Zuraida Kamaruddin, YB

Ahli Parlimen Ampang.


Nasib Abdullah ditentukan dua minggu lagi

Kedudukan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawai sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno yang amat kritikal sekarang ini, dijangka akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010.

Desakan pihak-pihak tertentu dalam Umno supaya Abdulllah berundur segera, berjaya dipendekkan daripada 21 bulan (Oktober 2008 - Jun 2010) kepada enam bulan sahaja.

Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.

Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Tempoh dua minggu itu diambil untuk Abdullah mengambil kira 'feedback' daripada Umno Bahagian yang akan bermula mengadakan persidangan 9 Oktober ini.

Di sebalik larangan peraturan Tataetika Umno yang ketat dan kelebihan undi bonus yang ada kepadanya sebagai Presiden Umno, Abdullah dilaporkan tidak yakin beliau dapat melepasi kuota pencalonan sebanyak 30 peratus atau dari 58 bahagian.

Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi.

Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian.

Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.

Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.

Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal.

Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya.

Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau.

Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. _


Sumber: HarakahDaily

Gerakan pertimbang keluar BN

Gerakan menimbang untuk meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat, kata pemangku Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.

Dua lagi pilihan dalam pertimbangan parti itu termasuklah kekal bersama BN atau keluar dan menjadi sebuah parti bebas tanpa sebarang pakatan, katanya seperti dilaporkan laman web The Star.

Tambahnya, kemungkinan meninggalkan BN dan menyertai Pakatan tergantung pada situasi politik saat ini.

"Kita tidak menutup sebarang kemungkinan," Koh dipetik sebagai berkata selepas merasmikan konvensyen tahunan Gerakan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sentimen 60 peratus ahli-ahli mahukan Gerakan meninggalkan BN, bagaimanapun keputusan itu harus mengambil kira pelbagai faktor dan bukan sentimen semata-mata.

Mengulas 20 anggota Gerakan Wilayah Persekutuan termasuk bekas ketua penerangannya Gan Kok Keng dan bekas ketua bahagian Setiawangsa Li Tiam Chai yang menyertai PKR, Koh berkata beliau terperanjat dengan keputusan mendadak itu.

Minggu lepas, tambah tambahnya, Li masih tidak menunjukkan sebarang tanda tidak senang dengan Gerakan.

Di sidang media yang sama, Koh menawarkan diri untuk jawatan presiden apabila parti itu mengadakan pemilihan kebangsaan bulan depan tetapi akan berkhidmat tidak lebih dari dua penggal sekiranya dipilih, lapor Bernama.

"Saya menetapkan tempoh masa untuk diri saya, iaitu saya berkemungkinan tidak akan melewati dua penggal, mungkin lebih pendek," katanya.

Baru-baru ini Parti Maju Sabah (SAPP) membuat keputusan keluar BN selepas beberapa bulan berusaha mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri, yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber: Malaysiakini

2,000 sertai perarakan aman anti-ISA

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan aman di ibu negara malam ini, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta kontroversi tersebut.

Pada mulanya, dua kumpulan - Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) - merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.

Apabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.

Ketika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.

Satu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut.

Sambil berarak, mereka melaungkan “Mansuhkan ISA”, “Bebaskan Raja Petra” and “Hindraf Valga (Hidup Hindraf)”.

Akhirnya, mereka berkumpul di kawasan kuil berkenaan dan beberapa individu menyampaikan ucapan.

Penyelaras pusat Hindraf, R Thanenthiran menggesa kerajaan memenuhi tuntutan peserta perarakan tersebut supaya membebaskan tahanan ISA.

Katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak boleh memutuskan seorang diri apakah yang terbaik untuk negara.

"Malam ini, kita rakyat, menjadi hakim," tambahnya.

Kemudian, ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu hadirin bahawa perhimpunan tersebut diadakan untuk mengingati ulang tahun pertama penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dan kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

"Kita akan terus mengadakan perhimpunan sehinggalah tahanan ISA dibebaskan," katanya.

Suasana meriah

Sementara itu, perarakan itu berjalan dalam suasana meriah.

Beberapa penyokong Raja Petra Kamaruddin turut menyanyikan lagu selamat jadi kerana hari ini merupakan hari jadi penulis blog tersebut.

Menjelang jam 9 malam, mereka bersurai dan tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

Thanenthiran kemudiannya memberitahu pemberita bahawa perarakan malam ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati mereka.

“Jika pihak polis mematuhi undang-undang, kita pun juga boleh berbuat demikian," katanya.

Dalam satu kenyataan selepas orang ramai bersurai, pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan perarakan tersebut diadakan.

"Kerajaan kini seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah menghantar satu mesej yang kuat dan jelas menolak penggunaan ISA," katanya yang kini tinggal di luar negara.

Sementara itu, dua peserta buta memberitahu Malaysiakini mengapa mereka turut menyertai perarakan tersebut.

Ramli Abu Bakar, 51, berkata beliau menyokong gerakan anti-ISA sejak ia dimulakan kerana "negara telah mencapai kemerdekaan".

"Kita telah merdeka selama 51 tahun, jadi mengapa kita perlukan lagi undang-undang itu sekarang," kata Ramli.

Rakannya Kamal Abdu Bakar, 48, turut menyokongnya dengan berkata ISA tidak relevan lagi sekarang.

Manakala seorang penyokong Raja Petra - Sampa Lee, 60 - berkata pembebasan penulis blog itu serta tahanan ISA yang lain, akan merupakan hadiah hari jadi terbaik yang boleh diberikan oleh kerajaan.

"Ia akan merupakan hadiah terbaik untuk Raja Petra dan semua rakyat Malaysia kerana kita semua menentang undang-undang yang zalim itu," kata Sampa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata polis mendapat maklumat bahawa perhimpunan itu dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.

"Tetapi kita telah menempatkan anggota polis di beberapa jalan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan ini menyebabkan peserta perhimpunan bertukar lokasi menuju ke kawasan berhampiran Puduraya.

"Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya dalam laporan Bernama.


Sumber: Malaysiakini

Rumah ibu bapa Teresa dilontar bom petrol

Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.

Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.

Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.

Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.

Semasa dalam tahanan, Teresa juga telah membuat laporan polis terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, editor kanannya, Zaini Hassan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menuduhnya terbabit dalam isu tersebut.

Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair


Sumber: Malaysiakini

Friday, September 26, 2008

Roboh kuil: S'gor tidak dimaklumkan

Arahan merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman dibuat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di luar pengetahuan kerajaan Selangor, kata exco kerajaan tempatan Dr Xavier Jayakumar.

Beliau juga mendakwa kuil berusia 19 tahun itu tidak didaftarkan dengan kerajaan negeri, tambahnya.

"Format disediakan supaya kuil-kuil di Selangor didaftarkan dengan negeri, tetapi kuil itu tidak terdapat dalam senarai kuil yang didaftarkan.

"Dan ia bukan kuil, ia adalah tempat suci yang terletak dalam hutan simpan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat melanggar janji pilihanrayanya yang menjamin tidak akan merobohkan rumah ibadat bukan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan merobohkan kuil itu sebagai kecuaian PBT yang bertindak sedemikian tanpa terlebih mengalihkan kuil tersebut.

Sementara ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menjelaskan, tindakan merobohkan kuil itu “berpunca daripada salah faham” antara pihak MPAJ dengan pengurusan kuil.

Beliau, yang juga ketua wanita PKR berkata, salah faham itu melibatkan hal-hal pengubahsuaian bangunan, dokumentasi dan prosedur pengurusan.

Perkara itu juga, tegasnya, telah dibincangkan di peringkat PBT berkenaan 11 September lalu, sehari selepas ia diruntuhkan.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, kuil itu merupakan masalah lama sejak bawah pentadbiran BN.


Sumber: Malaysiakini

Kebocoran radioaktif kapal selam AS di Klang

Kementerian Pertahanan harus menjelaskan kebocoran radioaktif dari kapal selama Amerika Syarikat USS Houston di Pelabuhan Kelang sewaktu ia singgah pada 2006.

Kapal selama itu telah mengalami kebocoran selama dua tahun, termasuk sewaktu kunjungannya ke negara-negara Asean dua tahun lepas, tetapi hanya disedari apabila ia pulang ke negara itu tahun ini.

Menurut laporan CNN, tentera laut Amerika Syarikat mengesahkan kebocoran tersebut sejak dua tahun lalu dan telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia dan Singapura.

Ahli parlimen Kelang, Charles Santiago hari ini mendesak Menteri Pertahanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan laporan dari negara kuasa besar itu seperti yang dimaklumkan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean.


Sumber: Malaysiakini

16 Sept. Cuti!!

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA – U.Malayau

KUALA LUMPUR 25 Sept. Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.

kah kah kah….. Pakatan Rakyat tepat betul dan bersejarah ….dulu kata 31 ogos…. kah kah kah… ni 16 september….kah kah kah….cam mana ikut ajenda Pakatan Rakyat pulak…. kah kah kah….

Sejarah akan mengingati Hari Malaysia 16 September Pertama ialah di Stadium Kelana Jaya…… kah kah kah…. sapa ada ada malam itu…. ingatilaaa sampai ari kiamat kerana anda telah bersama membuat sejarah…. kah kah kah

Sumber: Tukar Tiub

574 produk disahkan bebas Melamine

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan 574 produk daripada 25 syarikat selamat serta bebas daripada bahan kimia melamine dan tidak mengandungi susu yang diperolehi dari China selepas dilakukan ujian kimia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, sehingga hari ini penyitaan ke atas produk yang disyaki di pasaran tempatan adalah melibatkan 132 produk di seluruh negara dengan nilai RM18,335.

"Semalam, jumlah produk yang diisytiharkan bebas daripada melamine ialah 324 dari 11 syarikat, tapi ia telah bertambah hari ini dan orang ramai bebas menggunakan produk tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai 53 produk yang disita oleh kementerian semalam, Dr. Ismail berkata, tujuh daripada produk berkenaan diisytiharkan selamat untuk digunakan.

"Kesemua tujuh produk itu ialah Chocolate Coated Wafer daripada jenama Passion, Oreo White Chocolate Wafer Stick daripada jenama Kraft, Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured daripada jenama Walls, Susu Tepung 123 Honey daripada jenama Dutch Lady, susu berperisa Strawberry daripada jenama Dutch Lady dan Susu Tepung Rumusan Bayi daripada jenama Frisolac," katanya.

Sementara itu, Dr. Ismail berkata, penyebaran wabak denggi dan chikungunya di negara ini berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan kerana walaupun peningkatan dilaporkan berlaku di beberapa buah negeri, jumlahnya berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

"Dari Januari hingga 20 September tahun ini, sejumlah 31,536 kes demam denggi dengan 72 kematian dilaporkan, iaitu melibatkan penurunan sebanyak 4,287 kes berbanding 37,745 kes tahun 2007. Antara negeri yang mengalami peningkatan pada minggu ke38 (14 hingga 20 September 2008) ialah Selangor, Johor, Perak, Terengganu dan Sarawak," katanya.

Dr. Ismail berkata sejumlah 2,230 kes chikungunya pula dilaporkan sehingga 20 Sept tahun ini tanpa melibatkan sebarang kematian.

"Johor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 1,170 kes diikuti oleh Melaka (513), Perak (195), Pahang (164), Negeri Sembilan (129), Selangor (47), Putrajaya (empat), Sarawak (tiga), Kuala Lumpur (dua), Pulau Pinang (dua) dan Kelantan satu kes," katanya.

Mengulas mengenai penyebaran kedua-dua wabak berkenaan yang dibawa oleh nyamuk aedes, beliau berkata, aktiviti masyarakat setempat yang tidak mengawal pembiakan nyamuk berkenaan adalah punca utama.

"Kita tidak menjalankan tanggungjawab kita dalam memastikan pembiakan nyamuk ini dapat dibanteras.

"Walaupun wabak ini masih terkawal dan tidak serius, namun ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana (penyebaran) wabak ini sesuatu yang dapat dicegah," katanya. BERNAMA


Sumber: mSTAR

DSAI di Hong Kong

Coretan Ringkas Dari Hong Kong

Jam hampir satu pagi. Saya di Hotel Grand Hyatt, Hong Kong dan bergelut menyiapkan pidato khas pagi nanti.

Mauduk menjadi rumit lantaran krisis kewangan Amerika dan kesan dahshat buat ekonomi dunia. Saya diminta mengupas dan menggariskan dasar ekonomi makro.

Saya terpaksa berhenti sajenak untuk menyelesaikan tarawikh. InshaAllah teks akan disebarkan selesai pidato nanti.

Sabelum pulang saya akan menemui kumpulan pelabur dan pengurus dana secara berasingan dan temuramah media.

ANWAR IBRAHIM

Abdullah dijangka PM hingga Mei, Najib tersepit

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dihebohkan sebagai merupakan usaha terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyambung hayat jawatannya sebagai Perdana Menteri manakala timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan berada dalam keadaan tersepit.

Menurut seorang blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), mesyuarat khas MT itu dijangka akan mempersetujui penangguhan perhimpunan agung (PAU) dan pemilihan kepimpinan Umno yang sepatutnya diadakan Disember ini akan ditangguhkan.

Perhimpunan itu dijangka akan ditangguhkan kepada 9 Mei akan datang. Dengan itu, kata A Voice, Abdullah akan kekal memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga tarikh itu.

Perancangan Abdullah dijangka dapat dilaksanakan kerana, menurut blogger penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad itu, suara-suara yang menentang tidak dapat hadhir kerana pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pertemuan beberapa Ketua Perhubungan Umno negeri baru-baru ini sudah memutuskan untuk meneruskan mesyuarat dan pemilihan di peringkat bahagian-bahagian.

"Jika jadi, ini adalah satu keanihan kerana sesyuarat Bahagian Umno akan dikekalkan mengikut jadual yang ditetapkan bermula pada 9 Oktober hingga ke 9 November.

"Dengan tertangguhnya tarikh PAU ke 9 Mei 2009, ini bermakna persidangan tersebut diadakan 6 bulan selepas berakhir mesyuarat Bahagian Umno," katanya.

Anih

Lebih anih lagi, katanya, ada pula yang menyatakan Abdullah berjanji tidak akan bertanding jawatan Presiden, mungkin mengundur diri tetapi mahu dia dikekalkan dalam jawatan Perdana Menteri hingga masa peralihan pada 9 Mei.

Mengenai pemilihan Umno, ini bukan pertama kali ditangguhkan. Ia sudah dua kali ditangguhkan. Alasan mulanya adalah untuk menumpukan kepada rancangan pembangunan. Kemudian pula, alasannya adalah Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu.

A Voice menyifatkan penangguhan tersebut menyalahi undang-undang kerana PAU harus diadakan sebelum 9 Januari 2009. Malah, katanya, "penangguhan pun sudah menyalahi perlembagaan Umno tetapi dimanipulasi".

"Kalau ikut rancangannya, PRU ke 12 akan melihatkan seteru-seteru Abdullah tumpas dan Umno/BN cemerlang, gemilang dan terhalang. Ini akan memperlihatkan Abdullah dan keluarga mengetatkan kuasa dalam parti," katanya.

Malang bagi Abdullah dan keluarganya, rancangan itu tidak terjadi. Barisan Nasional dianggap kalah dalam pilihan raya itu.

Rancangan yang beliau dakwa sebagai "rancangan jahat Abdullah, keluarganya dan kuasa-kuasa belakang tabir seberang Tebrau" gagal.

Khairy

Meskipun semua rancangan gagal, A Voice mendakwa Perdana Menteri berkeras untuk mempertahankan jawatannya hingga Mei akan datang untuk membantu menantunya, Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda Umno.

"Disebabkan bersungguh sangat Khairy inginkan jawatan itu, ia juga menjadi penyebab Abdullah sanggup cari apa saja cara untuk kekal.

"Walaupun diri sedar sudah tiada lagi kepercayaan rakyat jelata dan akar umbi Umno, dan sudah dibenci pelbagai lapisan rakyat, negara dan Umno, Abdullah masih mahu kekal di jawatan Presiden dan Perdana Menteri supaya boleh disalahguna jentera parti dan kerajaan untuk membolehkan Khairy menang jawatan itu," katanya.

Dalam keadaan tersepit, A Voice menjangkakan reputasi Najib akan terjejas jika dia mempersetujui rancangan tersebut.

"Malah, pencalonan jawatan Presiden yang boleh dengan sekali lalu melenyapkan Abdullah boleh berubah. Abdullah (kini berada) dalam keadaan di mana senjata "undi kuota" memakan tuannya. Tetapi jika Najib tidak ada 'finishing', dia boleh melepas," kata beliau.

Bagi blogger penyokong kuat Datuk Mukhriz,anak Dr Mahathir itu, pihaknya hanya mampu menunggu dan mengharap.

"Kita tunggu bagaimana suara-suara yang menentang akan memberi reaksi kepada cadangan anih yang membelakangkan amalan demokrasi," katanya.._


Sumber: HarakahDaily

Thursday, September 25, 2008

Pakatan Rakyat bentuk kerajaan dalam masa terdekat

Selepas dua permintaan untuk berjumpa Perdana Menteri dan menggesa diadakan sidang tergampar Parlimen, Pakatan Rakyat tetap 'on track' untuk menubuhkan kerajaan. Dalam apa keadaan pun Umno dan Barisan Nasional yang sedang berpecah teruk, tetap akan ditumbangkan juga.

Ikuti pandangan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, yang merupakan antara individu terlibat dalam usaha membentuk kerajaan Pakatan Rakyat peringkat persekutuan.

Sebagai Ahli MPT KeADILan, Johari berpengalaman luas dalam politik. Beliau meninggalkan Umno sejak peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.

Pernah bergiat dalam Yayasan Gerak Bakti, Pergerakan Pemuda Umno dan pernah membantu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau juga adalah antara Pengarah Biro Tatanegara.

Wartawan Harakah MOHD RASHIDI HASSAN, SAADON AKASH, IRWAN MUHAMMAD ZAIN dan jurufoto MOHD NASIR SUDIN menemuramah beliau di Harakah pada 23 September 2008, untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini pembentukan kerajaan baru itu.

HARAKAH: Setengah pihak menimbulkan kekeliruan mengenai tarikh 16 September. Ada yang beranggapan tarikh tersebut merupakan tarikh akan terbentuk sebuah kerajaan baru di Malaysia. Boleh saudara jelaskan kenapa tarikh tersebut dipilih dan macam mana perkembangan pembentukan kerajaan baru ini?

JOHARI ABDUL(Gambar bawah): Pemimpin pakatan rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP memilih tarikh 16 September kerana ia merupakan tarikh penubuhan Malaysia. Malah kita juga telah mendokong agar tarikh tersebut dijadikan cuti umum.

Tarikh 31 Ogos adalah tarikh Tanah Melayu mencapai kemerdekaan namun ianya belum lagi disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tarikh 16 September itu adalah tarikh keramat yang menyatukan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Namun begitu kita menyebut tarikh 16 September sebagai tarikh akan berlakunya proses untuk perubahan kerajaan. Ia bukan mengambil masa yang singkat seperti pertukaran jawatankuasa PIBG, pertukaran kerajaan atau proses mengambil alih sebuah kerajaan ini harus mengalami satu proses yang panjang dan juga perlu melalui pelbagai peringkat baik dari segi undang-undang dan juga perlembagaan.

Dato' Seri Anwar sendiri memegang prinsip apa-apa proses peralihan kuasa harus dilakukan dengan penuh tertib kalau tidak kita akan jadi macam negara lain seperti kita tengok di Thailand, dah berapa Perdana Menteri tetapi masih banyak juga yang belum selesai. Sebab itu kita lakukan dengan penuh cermat dan bersistematik.

16 September itu adalah asas tarikh kita. Ia boleh jadi lebih dari tarikh itu. Tetapi harus faham 16 September itu adalah titik tolak atau tarikh permulaan proses pengambilalihan kerajaan.

Contohnya pada 15 September lalu, saya bersama Dr Hatta Ramli Ramli dan wakil DAP ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan surat yang meminta Perdana Menteri agar bertemu dengan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi Perdana Menteri menolak permintaan kita itu. Dia tak mahu layan permintaan kita.

Itu proses yang pertama, yang paling lembut kita minta tetapi kalau dia tak nak kita hantar sekali lagi surat minta supaya proses ini dilakukan melalui parlimen.

Kalau Abdullah merasakan cara menyerahkan kerajaan dengan rundingan itu menderhaka kepada Umno atau BN tak mengapa kita pergi ke parlimen. Kita hantar satu lagi surat minta diadakan sidang tergempar parlimen.

Kita hantar surat ini lebih awal dari tarikh yang kita minta diadakan sidang tergempar itu. Kita minta dia fikir panjang-panjang dan dia ada masa untuk buat keputusan. Empat ke lima hari untuk buat keputusan. Kita hantar hari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.

Selepas itu Abdullah buat sidang media katakan tak perlu adakan sidang tergempar pada 23 September kerana parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.

Ada sebab dan strategi kita pilih 23 September. Kita bukan hanya main pilih sahaja. Kenapa kita minta tarikh itu, kerana masalah dalam Umno itu sendiri dah teruk hingga menjejaskan ekonomi.

Abdullah mendakwa Anwar adalah punca ekonomi negara ini semakin meruncing. Apa pendapat saudara?

Mereka ini dalam keadaan terdesak jadi mereka cari sasaran lain untuk tutup kelemahan mereka sendiri tapi dia harus ingat pelabur tak masuk bukan tahun ini tetapi sejak empat tahun dulu.

Bila dia ambil alih dari Dr Mahathir, pelabur dah mula tak yakin dengan dia. Ini bukan masalah kita. Ahli kabinet dia sendiri kritik dia secara terbuka kenapa dia nak kata ini salah Anwar?

Cuba lihat SAPP keluar dari BN, mereka keluar bukan sebab kita tetapi sebab sudah tak yakin dengan BN. Dan bila mereka nak join kita, tentulah kita terima. Tetapi asasnya, mereka sudah hilang keyakinan kepada BN.

Setakat ini berapa bilangan Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat?

Anwar sebut kita sudah melepasi angka 31 tetapi kita tak nak sebut berapa jumlahnya. Yang penting kita sudah ada lebih 31 orang ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. Kalau kita sebut, macam-macam yang akan dilakukan oleh BN. Ini akan menjadikan huru-hara. Kita tak nak perkara itu berlaku.

Ini kali pertama pengambil alihan kerajaan berlaku di negara ini. Sebelum ini tak pernah beralaku. Kita belajar dari apa yang berlaku di Thailand dan Filipina.

Kita perlu lakukan dengan penuh cermat kerana kita sedar negara ini amat sensitif dengan masalah kaum. Sekali anda jolok saja soal ini, dia akan meletup. Dan ini yang mereka cuba lakukan seperti di Pulau Pinang baru-baru ini tetapi kerana kita dah tahu itu adalah senjata mereka jadi kita tak respon.

Kemudian Raja Petra dan Teresa ditangkap. Wartawan dan blogger ditangkap. Ini semua tujuan untuk menakut-nakutkan blogger dan wartawan serta aktivis atau ahli politik. Ini semua kita tahu dan sebab itu kita tak respon kepada perkara ini.

Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Anwar hendaklah mengemukakan usul terhadap kerajaan dan jika terbukti cukup majoriti, barulah beliau boleh mengadap YDP Agong, pandangan saudara?

Betul. Sebab itu kita minta diadakan sidang tergempar parlimen. Tetapi bukan itu sahaja penyelesaiannya. Masih ada cara lain mengikut perlembagaan. Tapi kita tak bermaksud nak menyanggah kenyataan KuLi.

Tetapi kita rujuk dengan pakar-pakar perundangan dan perlembagaan jadi kita lakukan satu demi satu mengikut apa yang perlu.

Bagaimana dengan tuduhan membeli wakil rakyat BN?

Nak beli berapa kita nak beli? Sejuta? Dua juta? Kalau kita nak beli berapa puluh juta kita ada? Ini cuma propanganda dari mereka yang nak menunjukkan bahawa mereka adalah yang paling setia dalam BN. Mereka gunakan material sebagai bahannya.

Kita tak pernah buat apa-apa tawaran kerana kita berpegang pada prinsip yang telah kita sepakati. Kita tak nak mereka yang boleh dibeli dengan wang keran mereka ini kalau katakan hari ini kita tawar sejuta mereka masuk, esok kalau ada orang lain tawar dua juta, dia pergi kesana pula. Kita tak nak yang macam ini.

Tetapi adakah mereka ini akan ditawarkan jawatan sebagai menteri?

Yang itu sudah pasti. Kita nak berlaku adil. Cuma apa jawatannya terpulang kepada pucuk pimpinan. Tapi yang penting, impian kita nak jadikan Malaysia yang baru. Tak ada lagi yang murung. Perniagaan boleh berjalan lancar. Ekonomi stabil. Kita boleh hantar orang untuk meninjau pelaburan di luar.

Pakatan Rakyat mempunyai 15 perkara utama atau 15 perkara yang diselesaikan sebaik sahaja ambil alih kuasa.

Macam bebaskan tahanan ISA. Nak hapuskan ISA kita kena lalui parlimen tapi kita akan buat juga tapi yang penting kita bebaskan dulu yang ditahan dah enam atau tujuh tahun.

Ada dakwaan bahawa andainya Pakatan Rakyat memerintah maka hak orang Melayu akan terpinggir?

Itu cuma perang saraf mereka. Di antara yang akan kita pertahankan adalah perlembagaan negara. Kedudukan raja Melayu kita akan pertahankan. Perkara 153, hak orang Melayu akan kita pertahankan dan juga kedudukan Bahasa Melayu.

Tapi disebabkan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih kepada kita mereka rasa takut dan buat propanganda macam itu. Kita lihat di Perak, Dato' Seri Nizar jadi Menteri Besar.

Berapa banyak kerusi PAS? Kurang dari KeADILan tetapi adakah hak orang Melayu dah tergadai? Dan Nizar masih berjaya sebagai Menteri Besar.

Cuma propanganda BN membuatkan kita dilihat terlalu melebihi orang bukan Melayu. Sokongan dari bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat bukan bermaksud kita jual Melayu. Ini adalah propaganda BN semata-mata.

Adakah perkara ini telah dipersetujui oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat?

Perkara itu memang dipersetujui oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Malah DAP pada tahun 2006 telah tukar perlembagaan parti mereka iaitu mereka pegang prinsip-prinsip perlembagaan iaitu hak orang Melayu dan bahasa Melayu akan dipertahakan.

Malah mereka terima Islam sebagai agama rasmi. Sebab itu Karpal Singh sama Utusan sebab dia tak cakap pasal Islam itu.

Selepas permintaan mengadakan sidang tergempar parlimen tak dilayan, apa langkah seterusnya?

Kita ada beberapa langkah yang telah disusun. Cuma tunggu dan lihat. Yang penting kita jalankan kerja untuk mecapai apa yang kita rancangkan.

Kita dah minta dua perkara yang besar, adakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan juga sidang tergempar parlimen. Kita dah ikut prosedur, jangan pula kata kita biadap. Yang tak nak cuma mereka bukan kita.

Pakatan Rakyat sekarang telah meletakkan tarikh baru iaitu 1 Oktober. Apakah ini tarikh terakhir atau ianya cuma untuk mengerunkan BN?

Mungkin lebih awal dari itu. Tengok keadaannya. Yang penting kita dah susun rapi apa yang patut kita buat. Langkah kita seterusnya memastikan apa yang dirancang berjaya.

Yang kita nak mereka tak nak ikut jadi kalau kita buat apa yang kita nak buat jangan pertikaikan. Kita ada cara yang tak perlu sampai tulis surat tapi kita tak nak macam itu kerana kita tak nak bercelaru. Bukan hanya parti bercelaru tetapi rakyat yang bercelaru.

Apakah tidak terdapat usaha-usaha dari BN untuk mengagalkan rancangan ini dengan cara menawarkan jawatan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat atau membeli mereka?

Tak ada pun usaha dari BN untuk gagalkan usaha ini. Kalau nak kata mereka nak beli kita, saya sendiri ahli parlimen tak pernah pun terima panggilan ajak masuk BN. Bawa pergi Taiwan, untuk apa? Nak larikan daripada 16 September? Kalau tak dapat 16, kita boleh pindah ke 17 atau 18.

Tapi bila kita hantar wakil kita ke Taiwan, mereka lari malam. Dipaksa balik. Semua ini apa? BN sudah tak ada kekuatan untuk bertahan. Dia buat apa pun mereka tahu mereka dah tak kuat.

Sebab itu tak ada usaha dari mereka untuk membeli atau menawarkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sertai mereka kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.

Perpaduan Pakatan Rakyat sekarang bagaimana?

Perpaduan adalam Pakatan Rakyat kukuh. Kalau sebelum ini terdengar dalam PAS ada yang tak puas hati tetapi bila keputusan muktamar agar kukuhkan Pakatan Rakyat, perkara itu sudah tak timbul lagi. Saya tak tahu masalah dalaman PAS tetapi saya rasa sudah tidak timbul masalah.

Hubungan kita semakin rapat. Kita dah bersama bukan tahun ini saja tetapi sejak 1999. Ada yang sebelum ini tak jadi wakil rakyat sekarang sudah jadi wakil rakyat. Macam saya lah. Kita dah berkawan lama, tak ada masalah yang timbul.

Apa harapan saudara dalam usaha membentuk kerajaan baru ini?

Saya mempunyai impian untuk melihat Malaysia ini berubah lanskap politiknya. Pentadbiran yang lebih telus dan kekayaan dapat dikongsi bersama oleh semua rakyat.

Jadi saya harap ianya akan menjadi kenyataan dan semoga rakyat terus bersabar dan berdoa agar impian ini akan menjadi kenyataan. - mr

(Sebahagian utama daripada wawancara ini dimuatkan dalam Harakah Edisi 1378 yang akan berada di pasaran mulai esok - editor)_


Sumber: HarakahDaily

AMK tegur pegawai Kerajaan Negeri Selangor

Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor ingin mengingatkan kepada mana-mana Pegawai Kerajaan di Daerah Kuala Selangor agar lebih berhemah dan bersopan dalam menjalankan tugas dan hubungan.

AMK Kuala Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana Pegawai Kerajaan yang biadap, angkuh dan tidak tahu menghormati orang lain lebih-lebih lagi dari kalangan pemimpin parti dan masyarakat yang menjadi penggerak dalam sesebuah komuniti.

Ini berikutan insiden pada 20/9/2008 di mana Pegawai Daerah cuba untuk memalukan Ketua AMK dan Jawatankuasanya serta beberapa orang Ahli Majlis MDKS di mana beliau meninggalkan mereka ini dengan begitu sahaja dalam keadaan terpinga-pinga sebelum bergerak untuk sessi lawatan ke Tanjung Karang bagi melawat kawasan bencana ribut.

AMK telah menerima arahan untuk bersama dengan Pegawai Daerah mengiringi Dato' Menteri Besar dalam lawatan tersebut di samping melihat bantuan yang dapat disalurkan dari pihak AMK. Malangnya, kehadiran AMK dan Ahli Majlis MDKS seperti tidak disenangi dan tanpa bicara beliau terus menghilangkan diri bersama KADO dan ADO.

AMK amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang Pegawai Kerajaan yang dihormati dan sekali lagi mengingatkan bahawa AMK bergerak atas dasar PRIHATIN dan secara AMAL tidak seperti beliau yang sudah tentunya digajikan untuk bertugas dan AMK juga tidak mahu Pegawai Kerajaan yang seperti ini berkhidmat di dalam Daerah Kuala Selangor khususnya.

Harapan Baru Untuk Malaysia

Mohd Faizal Baharuddin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor

Kenyataan Media
23 September 2008.


Sumber: HarakahDaily

Kadar inflasi tertinggi dalam masa 27 tahun

Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahanapi, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

Inflasi kekal tinggi

Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya,
CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.

"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.

Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.

Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.


Sumber: Malaysiakini

Wednesday, September 24, 2008

Minyak Turun 10 sen

Harga minyak turun lagi 10 sen

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu.

Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara.

"Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama.

"Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan.

"Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.

Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.

Sumber: Malaysiakini

Malaysia widens China ban to milk, biscuits, chocolate

Malaysia has widened its ban on Chinese dairy products to include candies, chocolates and all foods containing milk, a top official said Tuesday.

Noraini Mohamad Othman, director of the health ministry's food safety and quality division, said scores of officials have been deployed nationwide to enforce the ban on foods from China, an important trading partner.

"All food products with Chinese milk are banned," she told AFP.

"(Health officials) are also on the ground to seal the sale of the products," Noraini said, adding that the ministry was urging manufacturers to carry out voluntary recalls.

Noraini said Malaysia has banned Chinese milk and infant formula since the 1990s because of foot and mouth disease in cattle, and those measures were reaffirmed in a health ministry directive on the weekend.

The expanded ban comes after neighbouring Singapore found the potentially deadly chemical melamine in the popular White Rabbit Creamy Candy from China, she said.

Melamine is at the centre of a widening food safety scandal in China.

Around 53,000 Chinese infants have become sick after drinking formula laced with melamine, a chemical used in plastics which can also make milk appear to be full of protein.

Four children in China have died. Melamine can cause kidney stones and lead to kidney failure.


Sumber: MSN News

Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

Anwar: Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan

Setelah gagal dalam projeknya untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September dan semalam, PKR mula mengendurkan langkahnya selepas bertemu tokoh-tokoh utama PAS dan DAP.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.

Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dilaporkan berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu.

Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.

Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.


Sumber: Malaysiakini

Pindah kes Anwar: Keputusan 7 Okt

Hakim SM Komathy Suppiah yang mendengar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada ia akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pihak peguambela membantah notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mereka membantah kerana Peguam Negara tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam kes ini kerana beliau sendiri sedang disiasat berhubung aduan mereka bukti dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.

Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.

Prosiding pagi ini bermula dengan pihak pendakwa, yang diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden, berhujah menyokong kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Yusof berkata, Abdul Gani tidak mempunyai peranan secara langsung dalam kes ini dan oleh itu, perintah pemindahan kes yang ditandatanganinya, adalah sah.

Menyentuh tentang jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terbabit dalam perbicaraan kes Anwar, Mohd Yusof berkata, perdana menteri boleh berkata apa-apa pun.

Sambil menyebut kes undang-undang, Mohd Yusof memberitahu hakim bahawa beliau (hakim) tiada pilihan kecuali memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Kawalan ditingkatkan

Sementara ini, kawalan keselamatan ditingkatkan di kompleks mahkamah Jalan Duta di mana beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia manakala anggota polis ditempatkan di pelbagai lokasi.

Mereka yang hendak memasuki bilik mahkamah juga perlu menjalani pemeriksaan polis.

Anwar tiba kira-kira jam 9.50 pagi dan masuk ke bilik mahkamah lapan minit kemudiannya. Kes itu didengar jam 10 pagi.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikatjamin.

Bagaimanapun, para penyokongnya bimbang sekiranya ikatjamin tersebut dibatalkan, mengakibatkan Anwar ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraannya - satu proses yang mungkin memakan masa berbulan-bulan.

Bagaimanapun, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam prosiding sebelum ini dan ia juga dijangka tidak dibangkitkan hari ini.


Sumber: Malaysiakini

Mahkamah tolak petisyen Bandar Kuching

Mahkamah Pilihanraya menolak satu petisyen untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching yang dimenangi oleh calon DAP, Chong Chieng Jen.

Hakim Clement Skinner berkata petisyen tersebut, yang difailkan oleh seorang pengundi - Kho Whai Piaw, gagal membuktikan tanpa sebarang keraguan dakwaan bahawa Chong telah menggunakan pengaruh dan terbabit dalam amalan rasuah sewaktu kempen pilihanraya.

Dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, Chong menewaskan Alan Sim dari SUPP - sebuah parti komponen BN - dengan lebih 10,000 undi.


Sumber: Malaysiakini

Sensasi: Siapa Lebih Gila, Anwar Yang Semakin Di Terima Oleh Rakyat Atau Pak Lah?

Susulan daripada kegagalan Pakatan Rakyat menumbuhkan kerajaan seperti yang dijanjikan telah menyebabkan ramai pihak terutamanya dikalangan penyokong kerajaan "bertepuk tangan" dan memperli penyokong pembangkang. Ini berlaku dimana-mana sekarang. Masing-masing mencemuh dengan mengatakan "Anwar Gila", "Anwar Pembohong", "Anwar Gila Meroyan" dan berbagai lagi. Bermula dengan tarikh 16 September kemudian bertukar kepada 20 September dan terkini tarikh keramat itu sekali lagi diubah kepada 1 Oktober. Bahkan ada sesetengah pihak yang malu untuk menjawab ketika ditanya persoalan ini.

Soalnya, apakah benar Anwar cuba "menipu rakyat" atau "rakyat tertipu", atau mungkin juga satu strategi politik Anwar untuk melakukan perubahan secara beransur-ansur. Kita harus faham bahawa mengapakah tarikh-tarikh yang dicanangkan itu gagal?. Ini kerana pihak kerajaan telah melakukan berbagai "helah" dan "alasan" untuk menggagalkan perkara ini. Kita harus menerima hakikat bahawa "Manusia hanya merancang, tetapi segalanya hanya Allah yang bakal menentukan". Maka itu tidak timbul soal penipuan dalam hal ini. Mana mungkin isu tuakr kerajaan dianggap sebagai "omongan kosong" semata-mata. Bak kata orang tua-tua, jika "bertepuk sebelah tangan, ia takkan berbunyi". Inilah hakikat sebenarnya dalam hal ini. Apa yang dirancang tidak semestinya menjadi kenyataan. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan itu. Mungkin jika 16 September menjadi kenyataan, akan timbul berbagai masalah dan huru-hara gara-gara sikap tidak puasa hati puak-puak tertentu. Mungkin juga satu petanda bahawa perubahan kian hampir. Soal bila masanya, hanya keadaan yang bakal menentukan.

Samalah juga dengan kerajaan Barisan Nasional, mereka merancang berbagai projek untuk pembangunan tapi ada kalanya ia tidak dilaksanakan atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang, banyak projek yang dijanjikan akhirnya dibatalkan gara-gara negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Banyak lagi projek-projek lain yang turut terlibat dalam hal ini. Justeru itu, masalah teknikal pasti berlaku jika ia menghadapi kesukaran. Inikan pula dalam soal perubahan sesebuah kerajaan. Cuma masa yang dijanjikan iaitu 16 September adalah sebagai batu asas untuk perubahan sebenarnya. Soal bila ia akan terlaksana, bergantung kepada keadaan semasa. Perubahan boleh berlaku bila-bila !!. Apakah wajar Anwar dikatakan "Gila" hanya sekadar gagal melaksanakan segala agenda perubahan yang dimaksudkan pada tarikh yang dijanjikan. Orang gila sudah pasti akan ditolak oleh rakyat. Tapi Anwar menang dengan majoriti yang besar di Permatang Pauh.

Apakah beliau gila?. Orang gila pasti tidak akan mendapat sokongan padu dari semua kaum. Namun ini berlaku, Anwar dikatakan "Bapa Perpaduan" yang telah berjaya menyatupadukan antara sesama kaum di Malaysia ini agar duduk dibawah satu bumbung. Jika dulu orang Cina dalam DAP tidak boleh menerima Idealogi Islam PAS. Kini sebaliknya berlaku, bukan sahaja masyarakat kaum Cina boleh menerima parti Islam itu. Malahan juga bagi masyarakat kaum India di negara ini. Apakah Anwar gila?. Maka itu apakah beliau gila bila 16 September gagal, sedangkan rakyat semua tahu kerajaan membawa lari beberapa orang Ahli Parlimen mereka ke Taiwan baru-baru ini?. Bukankah itu semua adalah masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan. Jika Anwar gila menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat, mengapakah Pak Lah tidak berani menyahut cabaran agar diadakan Sidang Khas Parlimen untuk berdebat "usul undi tak percaya" kepada Perdana Menteri. Jika Anwar gila, mengapa mereka semua "takut" dan "kecut perut" bila pemimpin Pakatan Rakyat ingin adakan perundingan untuk berbincang hal ini. Sidang Khas Parlimen bukanlah kerja "gila", sebaliknya ia termaktub dalam perlembagaan. Maka itu jika Pak Lah yakin beliau tidak gila dan mendapat sokongan padu daripada ahli parlimen BN dan rakyat, belaiu harus berani dan bertanggungjawab untuk adakan sidang khas itu. Mengapa beliau takut?

Ini semua perlu dijawab oleh penyokong UMNO dan BN yang begitu seronok melihat situasi semasa sekarang ini. Kata orang "Biarlah Anwar gila tetapi beliau diterima dan disokong oleh segenap lapisan rakyat berbilang kaum di negara ini". Biarlah Pak Lah, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO tidak gila sekalipun, namun kelibat mereka kini amat dibenci dan dikutuk oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab "orang gila" seperti Anwar untuk melakukan perubahan dan mengambil alih tampuk kerajaan demi masa depan generasi akan datang. Gila kita, adalah untuk perubahan dan membawa dimensi baru dalam sistem pentadbiran. Namun gila mereka lebih dasyat kerana mereka "gila kuasa" dan masih mahu pertahankan biarpun sudah ditolak olah rakyat secara keseluruhannya. Pak Lah lebih gila kerana beliau bukan sahaja ditolak oleh pemimpin pembangkang, pemimpin UMNO, penyokong pembangkang malahan juga ahli UMNO sendiri !!

[Semoga selepas ini, ramai dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO serta Barisan Nasional akan "Gila" melihat perubahan yang bakal terlaksana di bumi Malaysia tercinta ini. Jika bukan sekarang, esok lusa tulat dan pada masa-masa yang akan datang. Biarkan mereka tidur tak lena dan fobia dengan tarikh-tarikh keramat yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ini nanti].


Sumber: Cucu Mat Kilau

Eksklusif: Tukar Kerajaan, Satu Tanggung Jawab Demi Menyelamatkan Generasi Akan Datang !!


Berita panas yang diterima diseluruh dunia kini sememangnya ramai pemimpin utama mereka yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Ia dilakukan antara dua, sama ada parti mereka ditolak rakyat ataupun kempimpinan mereka ditolak oleh anggota parti itu sendiri. Kita biasa mendengar hal-hal perletakkan jawatan seseorang pemimpin ini, bila mereka lihat mereka ternyata gagal untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang ditadbir. Persoalannya sekarang, apakah pertukaran pemimpin bakal menghancurkan negara terbabit seperti yang diwar-warkan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Jika hancur, mengapakah Jepun lebih maju dari kita. Walhal kita selalu mendengar berita tentang perletakkan jawatan para pemimpin mereka. Bahkan terkadang setiap dua tiga tahun perkara ini akan berlaku. Namun, apakah negara "matahari terbit" itu hancur dan gagal membangun.

Semua ini adalah kenyataan manusia yang takut kehilangan kuasa sebenarnya. Sebagai individu yang bertanggungjawab, langkah ini perlu diambil jika kita sudah kehilangan kepercayaan dari kalangan penyokong dan rakyat sendiri. Namun, dek kerana di Malaysia perkara ini tidak pernah berlaku. Maka, mereka menjadikan "tukar kerajaan" sebagai satu kesalahan besar. Bagi mereka, adalah tidak masuk akal kerajaan boleh ditukarkan tanpa pilihanraya umum secara demokrasi. Namun, kita harus sedar benarkah pilihanraya di Malaysia ini diamalkan secara demokrasi, telus dan adil?. Ini masalahnya sekarang. Ramai yang berpendapat, kiranya pilihanraya diadakan secara adil dan saksama sememangnya kerajaan sudah bertukar 8 Mac lalu. Namun dek kerana kebiadapan SPR yang menggagalkan peraturan "celup jari" serta masih membiarkan pengundi hantu berkeliaran sebaliknya berlaku. Itu belum termasuk dengan rasuah duit dan tekanan kepada rakyat yang akan keluar mengundi. Lebih parah lagi ramai Ahli Parlimen BN sebenarnya adalah "wakil pos" dikawasan masing-masing. Semua itu berlaku kerana langkah SPR yang tetap meneruskan amalan sistem "undi Pos" yang ternyata banyak keraguan dan kepincangan itu. Inilah bukti yang Malaysia sebenarnya tidak amalkan pilihanraya yang adil dan demokrasi.

Hanya parti kerajaan sahaja dibenarkan menggunakan media seperti TV dan akhbar harian seluas-luasnya untuk berkempen memburukkan parti lawan. Sebaliknya, pembangkang di Malaysia betul-betul tidak dihormati sebagai sebuah parti yang berdaftar. Badan bebas yang memantau pilihanraya dijadikan alat untuk memastikan kemenangan mutlak parti kerajaan itu. Akhirnya, terwujudlah kerajaan yang "khianat" kepada rakyat. Melakukan kezaliman serta penindasan yang berterusan. Rasuah, kronisme dan penyelewengan berlaku sepanjang masa dari peringkat atas hinggalah bawah. Akhirnya negara dibelenggu dengan berbagai masalah rakyat yang gagal dibela. Gejala sosial dibiarkan terus berleluasa. Maksiat dan jenayah berlaku disana-sini tanpa sekatan. Hasilnya rakyat terpaksa menanggung derita. Pembunuhan dan rompakan berlaku dimana-mana. Penculikan, rogol dan lain-lain jenayah seks menghantui fikiran kita. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Ekonomi merundum, sebaliknya golongan kaya terus rakus mencipta kekayaan tanpa menghiraukan nasib rakyat terbanyak.

Rakyat miskin terpaksa menanggung derita dan dibebankan dengan kenaikan harga bahan api yang menjadi penyebab kepada kenaikkan barang secara keseluruhannya. Rakyat dibutakan mata dan hati agar menerima, apa sahaja kejahatan yang dilakukan. Orang kaya "rompak duit" rakyat bawahan terpaksa "membayar" segalanya. Ini semua tidak adil, dan perubahan harus dilakukan demi masa depan generasi akan datang. Mujurlah selepas 51 tahun terbelenggu dengan keadaan ini, akhirnya rakyat mula sedar. Maka perubahan besar dilakukan dalam pilihanraya umum lalu. Kelantan dikekalkan dan 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang, bahkan ibukota Kuala Lumpur juga berjaya ditakluk. Maka terbentuklah Pakatan Rakyat dalam usaha mengembalikan semula keyakinan terhadap kerajaan.

Justeru itu, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menukar kerajaan yang gagal melaksanakan tugasnya. Mujurlah Malaysia bukan seperti Jepun, jika tidak sudah pasti kita akan mendapat kerajaan baru sejak dulu lagi. Soalnya, mengapakah mereka ini tidak mahu menerima hakikat semua itu?. Mereka masih lagi ingin mempertahankan kuasa?. Kuasa siapa? Kuasa peribadi atau kuasa rakyat?. Jika mereka memikirkan kuasa rakyat maka sepatutnya mereka harus undur dirisecara terhormat dan tidak "memperjudikan" nasib semata-mata untuk kepentingan peribadi masing-masing. Amanah adalah satu tanggungjawab, maka itu jika tanggungjawab gagal dilaksanakan mereka sepatutnya memberi kepada "orang yang sepatutnya". Tetapi kenapa ini tidak berlaku di Malaysia?. Apa masalahnya sekarang?. Semua ini hanya kerana mereka takut segala kebobrokan dan khazanah yang dirompak diketahui oleh rakyat dan akhirnya mereka akan terpenjara jika tersilap percaturan. Inilah hakikatnya.

Namun, sampai bila keadaan ini harus berlaku. Sama-samalah kita nantikan perkembangan terkini apakah Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan secara jujur, amanah, berkhemah dan bertanggungjawab. Tiada paksaan dan huru-hara dilakukan demi kepentingan rakyat. Tidak bolehkah mereka menerima semua ini sebagai "takdir" untuk 50 tahun akan datang kerajaan baru ditubuhkan di negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga hati-hati dan jiwa mereka ini akan dibuka untuk menerima segala ketentuan ini. Tukar kerajaan bukan bermakna hancurkan kerajaan, tetapi ia adalah sebagai langkah permulaan ke arah kegemilangan sebenarnya.

[Penantian 16 September sudah berakhir, ramai yang kecewa dan takut untuk menjawab persoalan ini. Namun sedarlah kita hanya merancang, segalanya Allah yang menentukan. Tidak semestinya setiap perancangan itu terjadi dengan begitu mudah. Segalanya pasti akan ada ranjau dan rintangan mendatang. Cuma, kita harus bersabar menanti perubahan ini. Teruskan perjuangan, yakinkan rakyat bahawa perubahan pasti terlaksana jua akhirnya].


Sumber: Cucu Mat Kilau