Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 16, 2008

Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat.

Bercakap dalam sidang akhbar yang penuh sesak pada jam 2 petang tadi, Anwar menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya menyerahkan kuasa secara aman dan tidak menguatkuasakan undang-undang darurat.

"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi mengemukakan senarai ahli-ahli parlimen BN yang telah menyertai Pakatan dan untuk membincangkan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 31 ahli parlimen BN menyertai Pakatan dan lebih 40 orang untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil.

Sumber: Malaysiakini

No comments: