Angkatan Muda Keadilan Kuala Selangor ingin mengingatkan kepada mana-mana Pegawai Kerajaan di Daerah Kuala Selangor agar lebih berhemah dan bersopan dalam menjalankan tugas dan hubungan.
AMK Kuala Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana Pegawai Kerajaan yang biadap, angkuh dan tidak tahu menghormati orang lain lebih-lebih lagi dari kalangan pemimpin parti dan masyarakat yang menjadi penggerak dalam sesebuah komuniti.
Ini berikutan insiden pada 20/9/2008 di mana Pegawai Daerah cuba untuk memalukan Ketua AMK dan Jawatankuasanya serta beberapa orang Ahli Majlis MDKS di mana beliau meninggalkan mereka ini dengan begitu sahaja dalam keadaan terpinga-pinga sebelum bergerak untuk sessi lawatan ke Tanjung Karang bagi melawat kawasan bencana ribut.
AMK telah menerima arahan untuk bersama dengan Pegawai Daerah mengiringi Dato' Menteri Besar dalam lawatan tersebut di samping melihat bantuan yang dapat disalurkan dari pihak AMK. Malangnya, kehadiran AMK dan Ahli Majlis MDKS seperti tidak disenangi dan tanpa bicara beliau terus menghilangkan diri bersama KADO dan ADO.
AMK amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang Pegawai Kerajaan yang dihormati dan sekali lagi mengingatkan bahawa AMK bergerak atas dasar PRIHATIN dan secara AMAL tidak seperti beliau yang sudah tentunya digajikan untuk bertugas dan AMK juga tidak mahu Pegawai Kerajaan yang seperti ini berkhidmat di dalam Daerah Kuala Selangor khususnya.
Harapan Baru Untuk Malaysia
Mohd Faizal Baharuddin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor
Kenyataan Media
23 September 2008.
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tugas pegawai Kerajaan adalah untuk menjaga MB dan menjalankan tugas rasmi beliau. Saudara sepatutnya faham pasal itu. Janganlah nak lebih-lebih pulak....
Statement macam ni buat malu PKR je la. Tugas DO bukan untuk jaga ahli politik. Apasal saudara berasa hebat dan mesti DIIRINGI oleh DO? Kalau DO tinggalkan MB, saya faham saudara marah. Kalau DO tinggalkan PKR, saya sokong 100%. Cuba belajar faham tugas pegawai kerajaan. Dan jangan rasa besar kepala sangat!
Post a Comment