Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 23, 2008

Isu Minyak: Cubaan Turun Harga Hingga RM0.30 Seliter, Bukti Pengaruh Anwar Berbisa !!

Kerajaan dijangka akan membincangkan penurunan harga minyak dalam mesyuarat kabinetnya Rabu ini. Jika ini berlaku, maka kita berbangga akhirnya rakyat berjaya menamatkan "ego" pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Keperihatinan itu dianggap ada kaitan dengan peralihan kuasa yang bakal berlaku bila-bila masa sekarang. Umum masih ingat, bahawa selama BN berkuasa, seringkali harga minyak dinaikkan berdasarkan kepada harga di pasaran global. Tetapi bila harga pasaran global turun, tidak pernah selama ini kita dengar mereka berusaha untuk menurunkan harga berkenaan. Berbagai alasan diberikan untuk mempertahankan tindakan tersebut. Biarpun pemimpin pembangkang mendesak dan mengeluarkan berbagai bukti bahawa langkah kerajaan itu dilihat sengaja ingin membebankan rakyat.

Dan kini, mereka nampaknya begitu prihatin dan mengambil berat pula nasib rakyat. Mengapa ini berlaku?. Disaat, kedudukan mereka tergugat barulah dilaksanakan agenda "kebajikan rakyat". Namun dikala tengah dipuncak kuasa, pandangan rakyat langsung tidak diambil kira. Inilah pembohongan yang nyata, harus diberi perhatian oleh segenap lapisan rakyat di negara ini. Sudah tiba masanya kerajaan seperti ini diajar dan diberi tekanan yang sewajarnya, agar mereka tahu bahawa "suara rakyat suara keramat".

Biar pun selama ini mereka tidak mahu menurunkan harga mengikut pasaran global, namun akhir bulan lepas mereka akhirnya terpaksa lakukan juga. Semua ini adalah "gula-gula" supaya rakyat di Permatang Pauh mengundi calon Barisan Nasional sebenarnya. Maka itu, bolehlah kita katakan gara-gara Anwar segalanya boleh terjadi. Minyak boleh diturunkan, kakitangan kerajaan mendapat semula bonus sebulan gaji serta lain-lain kemudahan yang ingin dinikmati selama ini. Kerana takutkan Anwar, akhirnya kerajaan terpaksa berjanji jika pasaran minyak global turun maka mereka akan menurunkan harga minyak. Bahkan kenyataan itu turut disuarakan oleh menteri yang berkenaan semasa minyak diturunkan RM0.15 seliter baru-baru ini. Pada bulan Ogos lalu kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel dari lapan sen hingga 15 sen seliter apabila harga pasaran dunia menurun sehingga AS$110 setong.

Maka, berdasarkan kedudukan harga minyak di pasaran dunia sekarang, apakah kerajaan berani menurunkan harga seliter petrol sehingga 30 sen. Harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel ialah RM2.50. Ketika kerajaan menaikkan harga minyak pada Jun lepas sewaktu pasaran minyak dunia AS$125 setong, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Anwar dalam ucapannya sekali lagi melaungkan hasrat untuk menurunkan harga minyak petrol ke paras RM2.00 seliter bila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Kata Anwar "hari ini kita perintah, esok minyak kita turun hingga RM2.00 seliter". Inilah yang membebankan kepada otak pemimpin UMNO dan BN sekarang ini. Jika diikut kepada penurunan Rm0.30, maknanya harga masih RM2.25 seliter. Maknanya masih tinggi dari apa yang dijanjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu. Apakah rakyat boleh menerima ini semua. Beranikah mereka menurunkan harga ke paras lebih rendah atau sama dengan yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu?

Apapun, sama-samalah kita nantikan mesyuarat kabinet Rabu ini. Apa pun boleh terjadi sekarang. Dalam keadaan yang mendesak dan gusar kehilangan kuasa, kita yakin bahawa inilah masanya kerajaan akan menunjukkan keperihatinan mereka terhadap rakyat. Jika tidak kerana ini, mereka masih lagi sombong dan bongkak dengan segala kuasa yang ada. Tahniah kita ucapkan kepada seluruh rakyat kerana berjaya menumbangkan keegoaan pemimpin Barisan Nasional ini. Segalanya ditangan rakyat. "rakyat adalah hakim negara".

[Minyak naik semua rakyat terbeban tidak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat. Bila dilihat balik maknanya penyokong BN lah yang paling bangang kerana terpaksa menanggung derita sama macam penyokong pembangkang. Apa guna ada kad keahlian UMNO dan lain-lain lagi jika tiada langsung diskaun yang diperolehi oleh mereka bila masalah kenaikan harga ini berlaku. Sepatutnya mereka yang menaikkan kerajaan itu diberi diskaun 10% atau 20% barulah berbaloi dengan usaha mereka selama ini. Tapi jika masalah yang sama dihadapi dan terpaksa ditanggung, maka elok sangatlah kita mengajak rakan-rakan kita bersama-sama memprotes kenaikan harga barangan terutamanya minyak ini. Biar mereka sedar siapa mereka sebenarnya]


Sumber: Cucu Mat Kilau

No comments: