Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, September 14, 2008

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat

Penahanan ISA Tindakan Zalim

13 September 2008

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan terdesak kerajaan yang menangkap beberapa individu iaitu YB Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan Tan Hoon Cheng di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kami mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat. Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka.

Tindakan tangkapan ini terutama apabila pemberita yang menjalankan tugas ditangkap dan bukannya individu yang mengeluarkan kenyataan, adalah bukti manipulasi UMNO yang menggunakan isu kaum untuk menakutkan rakyat. Bahkan komponen Barisan Nasional sendiri tidak menyokong tindakan kejam ini. Kami mendesak kerajaan mengotakan janji mereka bahawa tidak akan ada lagi tahanan ISA selepas ini.

Kami berharap tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang dengan tujuan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara. Sehubungan itu Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan:

1) Mencadangkan pertemuan tertutup antara wakil Pakatan Rakyat dan YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

2) Mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 bagi merayakan Hari Malaysia.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YB Lim Kit Siang,
Ketua Ahli Parlimen
DAP

YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden
PAS


Sumber: Anwar Ibrahim Blog

No comments: