Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, September 14, 2008

Tahanan ISA, wartawan Sin Chew Daily dibebaskan

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Akhbar talian internet, Malaysikini melaporkan seorang tahanan ISA semalam, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah dibebaskan pagi tadi dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam.Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 11.10 pagi. Wartawan tersebut kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya pada kira-kira jam 4 petang tadi. Sebelum ini, Tan dilaporkan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas ditahan malam tadi. Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini. Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok. - (tmj) _

Sumber: HarakahDaily

No comments: