Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 30, 2008

Antara Politik & Korporat

Sejak awal lagi Pakatan Rakyat terutama PKR sudah dapat kesan tindakan pilih kasih dan ala korporat Menteri Besar di dalam Pemerintahan Negeri. Walaupun di kritik hebat oleh ahli ahli Parti, MB selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih keras kepala dan degil dengan keputusan yang sudah dibuat. Sedangkan MB tidak sedar bahawa politik tidak sama dengan dunia koporatnya.

Bermula dengan keadaan ekonomi negeri membawa kepada bermacam peristiwa, kelihatan rancangan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat sudah kian mencapai wawasan. Yang pasti baru baru ini timbul pula isu runtuhan kuil di Ampang yang akan menjadi isu berat kalau tidak di tangani dengan bijaksana.

Walaupun dengan jelas Ahli Parlimen kawasan tersebut, YB Zuraidah Kamaruddin, cuba membuat penerangan DI SINI, tapi sudah menjadi lumrah, media arus perdana cuba memutarbelitkan berita sehingga sebahagian kaum Hindu yang percaya dengan berita berita tersebut, menjadi marah. Berita perletakan jawatan MP Kapar, S. Vanikavasagam, telah turut menghangatkan isu tersebut.

Sebelum ini EXCO Kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier ada cuba menjelas kan keadaan tersebut dan menerangkan bahawa operasi meruntuh kuil itu adalah tindakan MPAJ sendirian tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri dan apa yang kita tahu, segala tindak tanduk MPAJ tertakluk kepada kelulusan dan kebenaran Yang di Pertuan MPAJ itu sendiri. Buktinya DI SINI. Tapi siapa yang mahu dengarkan alasan lagi?

Selanjutnya

2 comments:

Gemilang Johor said...

Assalamaualaikum wbth,
Kami Kemimipinan AMK Johor, dengan rasa terharu berbuar kejituan. Mengucapkan Selamat Eidul Fitri kepada semua warga AMK Melaka. Kami dengan rasa semangat silaturahim dan rendah diri meminta ampun dan maaf diatas keterlanjuaran kami. Yang sedari atau tidak disedari.

Dengan rasa keinsafan dan semangat syawal, kami mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada semua Kepinpiman AMK, Perhubungan dan Wanita PKR Melaka.

AMK JOHOR

Gemilang Johor said...

Assalamaualaikum wbth,
Kami Kemimipinan AMK Johor, dengan rasa terharu berbuar kejituan. Mengucapkan Selamat Eidul Fitri kepada semua warga AMK Melaka. Kami dengan rasa semangat silaturahim dan rendah diri meminta ampun dan maaf diatas keterlanjuaran kami. Yang sedari atau tidak disedari.

Dengan rasa keinsafan dan semangat syawal, kami mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada semua Kepinpiman AMK, Perhubungan dan Wanita PKR melaka.

AMK JOHOR