Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 20, 2008

Amaran Awal?

Sejak akhir-akhir ini artikel yang memberi amaran awal kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi yang melibatkan beliau mendapat tempat kembali. Walaupun artikel ini agak terlewat untuk dibongkarkan, sekurang-kurangnya kita tahu ada usaha penerangan yang dilakukan oleh sesetengah pihak dalam memberi bantuan secara tidak langsung kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara yang menarik perhatian adalah artikel "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam" yang mempunyai bahagian 1 bertarikh 11 Mac 2008 dan 2 bertarikh 18 Mac 2008. Artikel ini adalah hasil nukilan penulis bernama Najwan Halimi di blog beliau Riwayat Hayat.

Artikel yang memperkatakan individu tertentu yang cuba menyelinap masuk mendapatkan kerusi panas sebagai Pembantu Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh dicurigai keikhlasannya telah mendapat pelbagai komentar. Komentar yang diberikan amat menarik dan menggunakan nama individu tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak diketahui kesahihannya.

Semoga kita lebih peka tentang kewujudan artikel dan blog seperti ini pada masa hadapan.

Artikel ini boleh diikuti di:

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam.html
http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam-2.html

Admin

No comments: