Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, July 25, 2008

Husam nasihatkan Muhammad Taib agar selamatkan Umno dahulu

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa membidas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang berkata akan ada lebih banyak mesyuarat di antara PAS dan Umno.

"Nasihat saya kepada Tan Sri Muhammad ialah untuk menumpukan perhatian menyelamatkan partinya yang sedang menuju kehancuran tanpa cuba menggunakan Parti lain untuk membantunya. Kerajaan Umno yang mereput tidak boleh diselamatkan dengan 'gimmick' seperti itu," ujarnya.

Demikian kata Husam dalam ulasannya yang diedarkan melalui www.husammusa.com semalam.

Ujar beliau, langkah seterusnya bagi Pakatan Rakyat ialah bagi Ketua Umum KeADILan, Dato? Seri Anwar Ibrahim, bertanding di dalam pilihan raya kecil dan dari situ, sikap Umno boleh diukur nanti.

"Kemenangan Anwar boleh menggugat Abdullah dan Umno. Untuk itu, lebih baik Umno menguruskan kusut masai parti mereka tanpa melibatkan orang lain," katanya.

Sementara itu Husam turut memaklumkan bahawa ramai pihak bertanya berhubung perbezaan antara muzakarah dan muqabalah.

Ujarnya, keputusan Majlis Syura dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Bharu baru-baru ini cuba dikelirukan oleh media.

"Padahal ia cukup jelas. Perbincangan atas dasar peribadi pemimpin PAS dengan pemimpin tertinggi Umno dibolehkan.

"Namun Majlis Syura berperanan memberi pandangan hukum. Pertimbangan politik samada hendak izinkan atau tidak adalah semata mata pertimbangan politik, kecuali yang terserempak dimana-mana sudah tentu tidak munasabah untuk diambil kira," ujar.

Jawatankuasa PAS Pusat harus dirujuk samada perjumpaan peribadi seperti itu boleh diteruskan kerana peribadi tidak perlu dikaitkan dengan parti.

Oleh itu beliau berharap ahli dan semua penyokong PAS termasuk pengedar Harakah dari kaum India yang bertindak berhenti menyebarkan akhbar itu sehari dua ini dapat menarik nafas lega.
Ujar Husam, tiada sebarang perjanjian samada terbuka, atau secara tertutup, justeru mengapa perlu ada pertemuan. _

Sumber (Gambar): Malaysia Votes
Sumber: HarakahDaily

No comments: