Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 20, 2008

MB: Kes MP Kelana Jaya ditumbuk selesai

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh seorang pembantu setiausaha sulit beliau semalam, sudah selesai.

Kejadian tersebut, Loh Gwo Burne ditumbuk oleh oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika cuba memberi pandangan masing-masing yang mewakili penduduk setempat.

Ia berlaku selepas Loh mempersoalkan pembinaan surau Al- Istiqamah semasa upacara pecah tanah pembinaan surau itu di Fasa Kedua Desa Mentari di Kelana Jaya.

Sebelum Loh ditumbuk telah berlaku kekecohan di mana sekumpulan penduduk membantah pembinaan surau itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya, Petaling Jaya.

Abdul Khalid berkata, kedua-dua pihak telah bermaafan sesamanya akibat kejadian yang berpunca daripada salah faham.

Menteri besar menyifatkan kejadian itu sebagai 'hal anak-anak muda PKR', demikian menurut laporan Bernama.

"Ia lebih kepada isu dalaman, biasalah anak-anak muda ghairah untuk bawa pendapat masyarakat cuma mungkin cara itu yang tidak kena," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2008 anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata kes itu juga akan dirujuk kepada Ketua Bahagian PKR terbabit iaitu, Syed Shahir Syed Mohamud bagi membincangkan tindakan selanjutnya kerana ia hanya membabitkan isu di bahagian berkenaan.

Perbezaan pendapat itu, katanya, perkara biasa dan berlaku di mana-mana, cuma cara untuk menyatakan perbezaan pendapat itu perlu mengikut saluran yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Selanjutnya

Sumber: Malaysiakini

No comments: