Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, July 31, 2008

Minyak Turun

Semalam sehari selepas pengumuman penurunan harga minyak di Singapura (5 kali dalam masa 20 hari), AMK Melaka diwakili Timb. AMK Melaka, Sdr. Hairiz Nordin telah menyatakan pendirian yang jelas. Sdr. Hairiz Nordin meminta kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional menimbangkan untuk menurunkan harga minyak. Kenyataan Sdr. Hairiz boleh dilihat di akhbar Sinar Harian (30 Jul 2008).

Ini ekoran daripada kenyataan beberapa Menteri Kabinet yang gemar membandingkan antara Malaysia dan Singapura. Kini singapura telah 5 kali menurunkan harga minyak dalam masa 20 hari dan Menteri di negara kita bertindak berdiam diri. Selain daripada itu, dalam keadaan Petronas telah pun menyumbangkan dividen khas kepada kerajaan, penurunan minyak sudah tentu boleh dipertimbangkan.

Harus diingat kini harga minyak semasa di bawah paras USD 130 dan ini adalah akibat daripada kelegaan dalam permintaan minyak. Selain itu, para penganalisis menjangkakan harga minyak boleh turun hingga USD 70 atau 80 jika USD semakin kukuh.

Admin.

No comments: