Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 13, 2008

Debat Dr Syed Azman, Razali Ibrahim dalam 'Hujah' TV9 esok

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi akan berdebat dengan Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dalam rancangan Hujah, TV9, jam 10.30 malam esok (Isnin 14 Julai).

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Kuala Terengganu akan berhadapan dengan wakil Umno itu dalam debat bertajuk "Politik Kotor Jejas Keharmonian".

Moderator bagi rancangan ini ialah Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohamad Agus Yusof.


Rancangan Hujah yang sentiasa menarik perhatian umum itu biasanya disiarkan pada malam Selasa, jam 9.30 malam, kini ditukar kepada hari Isnin, jam 10.30 malam.

Meskipun ia hanya memakan masa setengah jam namun isu-isu yang diutarakannya, terutama melalui pengendalian tersendiri Dr Agus, membuatkan penonton teruja dengan program yang sering mempertemukan tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang masing-masing. - mks._

Sumber: HarakahDaily

No comments: