Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 27, 2008

Insiden udara Qantas: M'sia jadi perhatian

Perhatian kini bertumpu kepada sebuah sebuah syarikat penyelenggaran kapal terbang di Malaysia selepas sebuah pesawat Qantas hampir terbabit dalam kemalangan udara semalam.

Akhbar The Daily Telegraph di Sydney memetik seorang juruterbang kanan Qantas yang tidak disebut namanya sebagai berkata, insiden itu mungkin ada kaitan dengan penyelenggaran pesawat tersebut.

Katanya, terdapat cakap-cakap di kalangan juruterbang mengenai mutu rendah penyelenggaran pesawat tersebut yang dilakukan di luar negara.

"Tindakan Qantas menggunakan khidmat penyelenggaran di Malaysia membimbangkan ramai juruterbang kami," katanya sambil mendakwa ada pesawat yang tidak diselenggara dengan sempurna.

Bagaimanapun, tidak ada pengesahan sama ada pesawat itu telah dibaiki atau diselenggara di Malaysia.

Pagi semalam, pesawat Boeing 747 yang berusia 17 tahun, bagi penerbangan QF 30, mengalami kebocoran rangka pesawat ketika melintasi Laut China Selatan dalam penerbangan dari London ke Melbourne.

Insiden tersebut mengakibatkan terjadi satu lubang seluas tiga meter di bahagian perut pesawat, menyebabkan tekanan udara jatuh. Ini menyebabkan pesawat terjunam 6,000 meter (20,000 kaki) sebelum dapat distabilkan semula.

Juruterbangnya terpaksa melakukan pendaratan cemas di Manila pada jam 11 pagi semalam. Tiada sebarang laporan kecederaan.

Menurut AFP, bunyi letupan kuat, diekori dengan pesawat menjunam ke bawah, menyebabkan para penumpang menjadi panik.

"Saya terdengar ada orang menjerit. Penumpang kelihatan merenung satu sama lain dalam keadaan ketakutan," kata seorang penumpang, Steve Winchester.

Qantas belum lagi mengumumkan punca rasmi insiden tersebut, tetapi akhbar The Daily Telegraph berkata para jurutera mendapat tahap hakisan yang tinggi pada pesawat tersebut.

Insiden itu berlaku ketika Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia (CASA) dikecam dalam negeri kerana enggan mendedahkan 1,000 muka surat laporan audit mengenai penyelenggaran kemudahan di Hong Kong, Singapura, Filipina, New Zealand and Malaysia.

CASA diminta mendedahkan sepenuhnya laporan audit tersebut selepas laporan audit Qantas 2006 mendedahkan terdapat kerosakan pada sebuah pesawatnya yang pulang dari Singapura, lapor akhbar The Age pada 21 Julai lalu.

Laporan itu mendedahkan mengenai peningkatan penggunaan khidmat kontraktor luar negara sejak akhir-akhir ini untuk menyelenggara pesawat Qantas.

Pada Disember 2007, Qantas menandatangani perjanjian dengan syarikat MAS Aerospace Engineering (MAE), syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia, untuk menceburi bidang perkhidmatan penyelenggaran, pembaikan dan baik-pulih pesawat di Asia Terengganu.

Menurut laporan akhbar The Australia pada Disember 2007, bayaran kepada MAE melalui perjanjian tersebut, tidak didedahkan, tetapi menurut laporan, jumlahnya membolehkan Qantas memiliki separuh daripada MAE.

Kemudahan MAE di lapangan terbang lama Subang, Selangor dianggap sebagai pusat membaiki dan penyelenggaraan pesawat untuk para pelanggannya, termasuk KLM Royal Dutch Airlines; Garuda, Indonesia dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei. Berita asal

Sumber: Malaysiakini

No comments: