Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, July 27, 2008

Antara Konsert & Ceramah Pada 25 Jul 2008

Pada 25 Jul 2008 (Jumaat) yang lepas telah menyaksikan pertembungan program antara ceramah di Bukit Piatu yang menampilkan Sdr. Khalid Jaafar (Pak Khalid), Sdr. Md Said, YB Lim Jak Wong, Cikgu Samad, Sdr Khairul Anuar (Jonah) serta YB Amiruddin Saari dan Konsert di Dataran Pahlawan yang menampilkan bekas pelajar sebuah rancangan realiti tv.


Walaupun program ceramah pada malam tersebut tidak dihadiri YB Azmin Ali seperti yang diwar-warkan, program tersebut masih lagi mendapat sambutan. YB Azmin Ali tidak dapat menghadiri program pada malam tersebut kerana jadual kerja yang padat. Kelihatan pada malam itu kehadiran anak-anak muda juga memberansangkan lantaran dari kemahuan mereka untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat semasa dari pendokong Pakatan Rakyat.


Program yang telah diadakan di kawasan yang agak terhad telah berjaya menambat hadirin yang memenuhi segenap ruang pada malam tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada PKR Bahagian yang telah berjaya mengadakan program tersebut.


Di Dataran Pahlawan pula Konsert yang gah namanya, kelihatan agak kurang mendapat sambutan walaupun pelbagai publisiti telah diberikan. Dengan keluasan Dataran Pahlawan kapasiti hadirin yang hadir dianggarkan hanya memenuhi hadapan pentas sahaja. Ini juga mungkin disebabkan konsert tersebut diadakan 2 malam berturut-turut.



Admin







No comments: