Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, July 28, 2008

Sekitar Ceramah Pakatan Rakyat Di Markas Pas Bkt Katil

Bukit Katil (27 Julai 2008) - Sebentar tadi seperti yang telah dijanjikan ceramah umum Pakatan Rakyat baru sahaja selesai dengan menampilkan Sdr. Adly Zahari, Sdr. Shamsul Iskandar, YB Yaakob Sapari dan YB Saifudin Nasution. Ceramah pada malam tadi telah disaksikan sekurang-kurangnya 700 orang.






Ceramah yang telah dimulakan oleh Sdr. Adly Zahari dan kemuncaknya oleh YB. Saifudin Nasution. Pelbagai isu telah disentuh dari isu negeri, nasional, semasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keadaan UMNO itu sendiri. Ternyata ceramah pada malam tadi telah berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat di negeri Melaka.


Di kemuncak ceramah YB Yaakob Sapari telah menyatakan situasi sebenar di negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Masalah rasuah masih lagi menghantui negeri Selangor apabila sogokan dan rasuah cuba diberikan kepada YB dari Pakatan Rakyat walaupun telah diketahui tiada layanan akan diberikan kepada perasuah.



Pelaksanaan agenda Pakatan Rakyat di Selangor juga telah diterangkan YB Yaakob Sapari. Setelah memberikan air percuma kepada rakyat di Selangor, kebajikan rakyat terus menjadi fokus. Peruntukan sebanyak RM 40 juta telah diadakan untuk warga emas 60 tahun ke atas tidak mengira latar belakang peribadi mereka.

YB Saifudin Nasution juga telah menguatkan lagi hujah YB Yaakob Sapari dengan mengulangi peruntukan yang bakal diberikan kepada warga emas dengan memberikan sumbangan wang tersebut apabila berlaku kematian. Sumbangan ini adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga yang terlibat. Sistem yang diserap dari kerajaan pimpinan PAS di negeri Kelantan bakal dilancarkan pada bulan Ogos nanti. Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan YB Lim Guan Eng juga telah menyatakan minat mereka untuk melaksanakan sistem ini.

YB Saifudin juga menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu jika berlaku kekosongan di kerusi tersebut akibat petisyen oleh calon BN pada pilihanraya yang lepas. Isu minyak dan debat minyak juga menjadi fokus YB Saifudin pada malam tadi. YB Saifudin menarik perhatian hadirin dengan memberikan tanda-tanda orang yang gemuruh apabila menyampaikan ucapan antaranya seperti apa yang telah berlaku pada Menteri Penerangan pada debat yang lepas.


Isu liwat yang cuba disabitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan menjadi bual bicara YB Saifudin. YB Saifudin menyatakan laporan oleh doktor menunjukkan Saiful Bukhari tidak mempunyai kesan liwat oleh sesiapa pun bakal didedahkan dalam laman Malaysia-today. Sebentar tadi saya baru sahaja melawat laman web tersebut dan kenyataan Saiful Bukhari tidak diliwat telah pun disiarkan.

Tahniah diucapkan kepada PKR Bahagian Bukit Katil dan PAS Bahagian Bukit Katil kerana telah menjayakan ceramah pada malam tadi dan bekerjasama dengan erat sekali!

Admin

No comments: