Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, July 15, 2008

Usul Ditolak

A'kum.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin menolak usul undi tidak percaya kepada PeeM/ Kerajaan Be End yang cuba dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang disokong oleh ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat dan kesemua 82 Ahli Parlimen PR.

Apa yang mengejutkan ialah keputusan Speaker dibuat kerana soal bahasa. Kata beliau ayat yang digunakan iaitu mengambil 'ketetapani tidak percaya keatas Kearajaan Be End' tidak tepat. Sepatutnya ayatnya ialah 'merundingkan usul tidak percaya. Ke atas Kerajaan Be End'. Atas sebab teknikal iaitu bahasa usul tersebut telah ditolak.

Agak malang Speaker mengambil sikap sedemikian kerana sekaligus menghalang proses penentuan kepercayaan & keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Be End katas soal teknikal & bahasa. Sedangkan kami Pakatan Rakyat mewakili hampir 50% suara pengundi dalam hal ini.

Insyallah ini tidak akan mematahkan semangat dan perjuangan untuk menegakkan yang hak walau apa jua rintangan yang dihadapi.Atas keputusan Speaker itu kami semua MP Pakatan Rakyat mengambil sikap memboikot persidangan Parlimen hari ini dan dengan keluar daripada Dewan beramai-ramai.

Adios

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber: YB Zulkilfli Noordin Blog

No comments: