Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, July 24, 2008

Kemasukan Tokoh UMNO Pahang ke dalam PKR

“Rakyat jua yang menang akhirnya.” Itulah jawapan Datuk Fauzi Abdul Rahman apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tokoh ini terkenal kerana berani menentang korupsi di negeri asal beliau iaitu Negeri Pahang Darul Makmur. Beliau memilih PKR apabila mendapati kerosakan yang merebak dalam UMNO sukar lagi untuk dipulihkan. Beliau yakin faham yang mendasari perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan yang besar demi Malaysia yang adil dan makmur. Malah tokoh ini menegaskan di bawah Pakatan Rakyat dan PKR, semua kaum akan mendapat perlindungan yang sama rata. Di bawah ini dilampirkan biodata ringkas Datuk Fauzi.

PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.

Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

PEJABAT ANWAR IBRAHIM

Sumber: Anwar Ibrahim Blog

No comments: