Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, January 12, 2009

Anwar sokong penul usul PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi sokongan penuh terhadap 10 usul yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulahh Ahmad Badawi bagi membela rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, isu yang kini menjadi perhatian dunia itu harus diselesaikan sebagai isu politik.

"Ini merupakan keputusan bijak Perdana Menteri dalam menangani konflik kemanusiaan di Gaza. Kita perlu melihat dan menyelesaikan isu kekejaman ini sebagai isu politik kerana penduduk Islam dan Kristian di Palestin mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan damai," katanya dalam ucapan perbahasannya pada Sidang Khas Parlimen mengenai Gaza, di sini, hari ini.

Beliau juga berharap Malaysia dapat menyuarakan ketegasan dan terus mengutuk kekejaman tentera Israel di genting Gaza.

Dalam pada itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyarankan supaya Kementerian Luar memanggil Duta Amerika di Malaysia bagi manyampaikan bantahan rakyat negara ini terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada pencerobohan Israel.

Anwar juga mencadangkan agar Malaysia mengambil inisiatif menerajui negara-negara rantau Asia bagi mengepalai pasukan yang menunjukkan rakyat di rantau ini membenci kekejaman yang dilakukan tentera Israel tanpa menunggu tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Isu ini mungkin agak sensitif tapi kalau kita mahu tunggu pemimpin dunia Arab bertindak, ia akan mengambil masa.

"Jadi, Malaysia boleh menjadi peneraju di rantau Asia menangani isu ini dengan lebih tegas dan berani," katanya.

Sumber: mSTAR



No comments: