Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, January 1, 2009

ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding Kuala Terengganu

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wahaf Mempelam selama empat penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.

Beliau merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.
Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak diumumkan di Kuala Terengganu pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali, ahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu.


Sumber: mSTAR

No comments: