Sidang Media AMK Melaka
Kerajaan negeri tidak serius tarik pelabur asing.
21 Januari 2009
Bukit Baru- Angkatan Muda keADILan Melaka (AMK) mendesak agar kerajaan negeri Melaka membuka lebih banyak peluang perniagaan di negeri ini ekoran lebih 500 orang yang akan diberhentikan dari kilang elektronik yang telah beroperasi lebih 20 tahun disini.
Ekoran kenyataan daripada Datuk Md Yunos Husin yang menyatakan kerajaan negeri akan mendapat lebih banyak pelaburan dari pelabur asing namun kenyataan itu lebih hanya retorik sahaja. AMK meneliti dengan kenyataan pada tahun 2008 bahawa Melaka akan menerima lebih 2.6 bilion pelaburan asing.
Dari segi Geografi Melaka merupakan kawasan yang sesuai untuk industri-industri pembuatan memandangkan kemudahan logistik dan berdekatan juga dengan Singapura dan Kuala Lumpur.
AMK juga amat kecewa dengan keadaan ini yang menggambarkan kerajaan negeri tidak serius untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Dari segi mikro lebih 80% pekerja kilang ini terdiri dari generasi Y.
Kami difahamkan para pekerja yang diberhentikan akan mendapat pampasan akan tetapi didalam keadaan sekarang inflasi yang sedang meningkat mana bisa mungkin mereka akan mendapat keselesaan hidup.
Difahamkan juga lebih 70% pekerja terbabit adalah rakyat tempatan pelbagai latar belakang. Kerajaan negeri juga harus memikirkan masalah rakyat yang telah diberhentikan ini dan bukan hanya menyalahkan pengusaha kilang-kilang terbabit.
Justeru itu AMK mencadangkan agar kerajaan negeri mendapat nasihat dengan pakar-pakar ekonomi bagi menarik semaksimum mungkin pelabur-pelabur asing ini dimana ia boleh menambah pendapatan kerajaan negeri dan menyediakan lebih banyak tempat zon peniagaan seperti mana yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak dan Pulau Pinang dimana pelabur asing menyatakan minat untuk melabur disana.
Hairiz Nordin
Timbalan Ketua
AMK Melaka
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment