Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, January 26, 2009

Bedah siasat kedua siap..

Bedah siasat kedua ke atas mayat A Kugan siap pada kira-kira jam 9.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bedah siasat itu, yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang, dijalankan oleh pakar patologi yang dikenalpasti sebagai Dr Prashant.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memberitahu Malaysiakini bahawa doktor telah memberi penerangan ringkas kepada keluarga Kugan, peguam mereka N N Surendran dan ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Penerangan tersebut mengambil masa lebih daripada 30 minit mengenai keputusan bedah siasat tersebut.

Bagaimanapun, keputusan bedah siasat itu tidak boleh didedahkan menunggu siasatan terhadap kes kematian Kugan.

Manikavasagam berkata selain beliau, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ahli Parlimen DAP bagi Teluk Intan, M Manogaran turut hadir di PPUM.

Ambil contoh tisu

"Apa yang kami mahu ialah anggota polis terbabit didakwa terhadap apa yang berlaku," katanya, sambil menambah bahawa pakar patologi itu turut mengambil contoh tisu dari mayat Kugan

Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair. Mereka mahu bedah siasat dilakukan sekali lagi.

Ekoran kecaman orang ramai, Peguan Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengklafikasikannya sebagai kes bunuh.

Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - tempat Kugan meninggal dunia - telah dipindahkan serta merta kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

Laporan bulan depan

Sementara itu, Surendran juga enggan memberi komen apabila ditanya sama ada keputusan bedah siasat itu menyokong dakwaan keluarga Kugan bahawa wujud unsur-unsur jenayah dalam kematian anak mereka itu.

Menurutnya, laporan penuh mengenai bedah siasat kedua itu dijangka akan disiapkan awal bulan depan.

Mayat Kugan dijangka dikebumikan Rabu ini.

Kelmarin, pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa pihak kuasa mendakwa doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Kugan yang didakwanya membuat laporan palsu.

Sumber: Malaysiakini

No comments: