[DIKEMAS KINI 8 PAGI] KUALA TERENGGANU: Gelanggang kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan dibuka dalam masa sejam lagi dengan parti-parti yang bakal bertanding menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.
Proses penamaan calon akan dibuka pada pukul 9 pagi.
Malam tadi, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot pula pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.
"Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini)," katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.
Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri - tempat berlangsungnya penamaan calon.
Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Sumber: mSTAR
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment