Namun itulah hakikatnya. Senario yang sama berlaku di Pekan tatkala Najib serta rombongan pulang ke kawasannya itu. Sambutan yang dibuat juga lebih kepada berunsur politik semata-mata dan tidak langsung menggambarkan Perdana Menteri untuk seluruh rakyat di kawasan itu. Apa yang menarik pihak media termasuk RTM mengadakan lintas langsung siaran khas kembalinya Najib ke Pahang. Malah kami difahamkan banyak wang yang digunakan untuk memunggah rakyat pelbagai golongan untuk hadir beramai-ramai. Mereka dibayar upah dan disediakan makanan, biarpun ada insiden yang tidak dapat wang dan makanan itu akibat "disonglap" oleh pihak-pihak tertentu. Namun, jelas kelihatan rakyat sebenarnya memang dipaksa hadir ke kedua-dua program tersebut. Ada yang menyebut, jika tidak dipaksa sudah pasti program sambutan Perdana Menteri itu akan kelihatan hambar sebenarnya. Agensi kerajaanmewajibkan kakitangan mereka hadir. Isititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dekat sini juga memaksa pelajarnya hadir, malah ada yang memasukkannya ke dalam "jam kredit" para pelajar. Begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan dan Pekan yang dipaksa hadir. Itu belum termasuk pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara, pengakap, pandu puteri serta lain-lain pasukan beruniform dikalangan pekajar yang turut dipaksa. Pendek kata program sambutan Perdana Menteri itu dihadiri oleh mereka yang "rela dalam paksa". Bagi memberi gula-gula kepada rakyat, wang saku pula disediakan sebagai habuan. Ini bermakna, Perdana Menteri Malaysia itu telah memperkotak-katikkan nasib rakyat untuk memberi persepsi kononnya beliau disokong oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Walhal, dari tinjauan kami tidak sampai pun 10,000 rakyat Pahang yang hadir dalam kedua-dua program Sambutan Najib itu sebenarnya.
Laporan media menggambarkan seolah-olah begitu ramai rakyat yang hadir. Jika tidak dipaksa, apakah mereka tergamak mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk berlapar dan berpanas menanti ketibaan Najib agaknya. Inilah amalan dan senrio yang dapat dilihat kepada seorang Perdana Menteri yang tidak diiktiraf oleh majoriti rakyat sebenarnya. Ini jauh sekali berbeza dengan satu lagi program yang melibatkan tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan juga pada hari yang sama dengan kehadiran Najib. Biarpun tiada elaun dan imbuhan yang ditawarkan kepada rakyat, namun mereka sanggup hadir berbondong-bondong untuk menyambut kehadiran Anwar dari siang hingga ke malam. Anwar yang merasmikan pejabat baru PKR Pahang di Jalan Beserahdekat sini, juga terkejut dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada sebelah malamnya. Walau pun senario ini ditempelak oleh penyokong UMNO dan BN, namun mereka harus menerima hakikat bahawa rakyat yang datang ke program Anwar itu adalah dengan hati yang tulis dan ikhlas. Langsung tidak wujud unsur paksaan dan sebagainya. Malah lebih menarik lagi, mereka juga sanggup berhujan pada sebelah malam untuk mendengar ceramah Anwar. Inilah dia semangat perjuangan rakyat yang mahukan perubahan sebenarnya. Rakyat berbagai bangsa Melayu, Cina dan Indiasanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersama pemimpin PKR itu. Lautan manusia dilihat hadir pada malam itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat semakin memuncak.
[Krew kami telah hadir ke kedua-dua program berkenaan. Ternyata apa yang dapat kami saksikan sambutan kepulangan Perdana Menteri ke Pahang jelas sekali menggambarkan bahawa konsep "One Malaysia" yang dilaung-laungkan itu telah gagal dilaksanakan. Jika untuk sebuah negeri pun ia gagal, apakah ia wajar dilaksanakan di peringkat nasional agaknya. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri perlu disambut oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik masing-masing. Ataupun sekurang-kurangnya satu jemputan khas dibuat kepada mereka, kerena mereka juga adalah rakyat negeri Pahang yang sah. Jangankan rakyat, malah pemimpin pembangkang juga tidak diundang secara rasmi untuk bersama dalam program tersebut. Pergi atau tidak itu adalah perkara lain. Namun, tidak jemput adalah satu hal yang lain dan tidak sepatutnya berlaku jika konsep One Malaysia itu mahu dilaksanakan. Jika beginilah caranya, kami yakin bahawa rakyat yang sudah menolak UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu akan terus membenci dan tidak mungkin dapat menyokong kerajaan lagi selepas ini. Kami juga amat terharu bila ada pihak yang melaporkan bahawa pelatihProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan sewenang-wenangnya untuk melaungkan "Hidup Barisan Nasional" ketika perhimpunan tersebut diadakan. Ini jelas melanggar tatasusila mereka, dan jelas menggambarkan bahawa PLKN memang diwujudkan untuk menarik generasi muda supaya menyokong UMNO dan BN sebenarnya.
Pahang Daily
1 comment:
Lim dibidas guna media isu Fairus
GEORGETOWN: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, tindakan Lim menyuarakan kekecewaannya berhubung isu calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti menerusi media adalah tidak wajar kerana kedua-dua parti itu mempunyai saluran dalaman untuk berbincang.
"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti?
Mengapa suka sangat meluahkan perasaan kepada media? Apakah kita sudah tidak ada saluran untuk berbincang mengenai perbezaan pendapat yang timbul?," katanya di sini hari ini.
Katanya, sikap Lim yang gemar menuding kepada Anwar kononnya pemimpin itu tahu semua dan merancang mengenai tindakan Mohammad Fairus itu amat tidak disenanginya kerana ia jelas menunjukkan bahawa Lim tidak menghormati perasaan rakan kongsinya di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Kita bukan hendak membelakangkan dia tetapi kita sedang menyelesaikan perkara yang berlaku di dalam parti berikutan keputusan peribadi yang dibuat oleh Mohammad Fairus untuk melepaskan semua jawatannya. Mengapa perlu tergesa-gesa dalam soal ini," katanya.
Zahrain menegaskan eputusan mengenai calon pengganti TKM1 dan Adun Penanti adalah hak PKR dan Lim tidak perlu mencampuri urusan parti itu.
"Memang benar selaku Ketua Menteri, beliau mempunyai kata muktamad, tapi sekurang-kurangnya bagi peluang kita menentukan apa yang kita mahu dan dia perlu mendengar dahulu apa yang kita usulkan. Jangan sewenang-wenangnya mahu masuk campur urusan parti kita," katanya dengan nada kecewa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar yang menyebut Lim kecewa dengan perkembangan isu peletakan jawatan TKM1 dan Adun Penanti itu kerana hanya mengetahui mengenainya melalui media.
Akhbar hari ini juga melaporkan bahawa Ketua Menteri kurang gembira dengan perkembangan itu kerana sebelum ini Mohammad Fairus dan Anwar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin itu tidak akan meletak jawatan sebagai Adun Penanti.
Zahrain berkata, selama ini sebarang tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri terutamanya berhubung pelantikan jawatan tertentu di agensi kerajaan negeri atau badan berkanun negeri tidak pernah dirujuk kepada PKR.
"Kalau dia nak ungkit, saya pun boleh ungkit bahawa dia (Lim) tidak pernah merujuk pendapat PKR atau saya sebagai pengerusi negeri mengenai pelantikan Datuk Lee Kah Choon di InvestPenang dan beberapa jawatan lain. - Bernama
Post a Comment