Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 28, 2009

Sidang Dun Perak 7 Mei : Pakatan Rakyat timbang pulau sidang sebagai tanda protes - Suara Keadilan

IPOH, 27 April (SK) : Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak 7 Mei ini sebagai tanda protes.

“Pakatan akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara ini samada memulau sidang 7 Mei,” kata Setiausaha Dap negeri, Nga Kor Ming berkata semikian pada sidang media hari ini.

Nga berkata, keputusan Barisa Nasional memanggil sidang Dun juga bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri.

Najib yang juga Perdana Menteri mesti menjelaskan pendiriannya memandangkan orang bawahannya bertindak bertentangan dengan kenyataan beliau, kata Nga.

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar sah bagi Perak iaitu Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sambil menggesa kerajaan negeri pimpinan BN supaya menangguhkan sidang Dun sementara menunggu keputusan kes, Nga berkata, langkah mengadakan sidang Dun adalah perbuatan tidak menghormati sistem kehakiman.

Nga yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masih belum meneima agenda sidang minggu depan itu.

“Di bawah suasana normal, agenda perlu diedarkan kepada kami dalam tempoh dua minggu sebelum sidang,” katanya sambil menambah, beliau ada dimaklumkan bahawa BN akan mengemukakan usul untuk menggugurkan Speaker V. Sivakumar.

Kes membabitkan Nizar dan Zambry yang kini merupakan Menteri Besar telah ditetapkan untuk didengar pada 5 dan 6 Mei ini.

SK

No comments: