KUALA LUMPUR, 9 April (SK): Saman RM100 juta Penasihat undang-undang kumpulan Hindraf, P Uthayakumar keatas Ketua Polis Negara Musa Hassan, Peguam Negara Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia telah berjaya mendapat perintah perbiracaan penuh di Mahkamah Tinggi.
Susulan permohonan Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia untuk menolak saman tersebut bagi mengelak rasa benci terhadap kerajaan dan mengelak konflik perkauman.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Zabariah Mohd Yusof semalam menolak dengan kos permohonan untuk mengetepikan saman tersebut.
Keputusan itu dibuat dalam kamarnya semalam setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan memerintahkan satu perbicaraan penuh dan mengarahkan perbicaraan diadakan secepat mungkin.
Uthayakumar diwakili peguam M Manogaran manakala Peguam Kanan Persekutuan Rozi binti Bainon mewakili ketiga-tiga defendan.
Manogaran, ketika ditanya media apakah alasan mahkamah menolak permohonan itu, berkata:
“Hakim perlu mendengar keterangan saksi tentang beberapa perkara berhubung perkara itu (saman) melalui perbicaraan.”
Uthayakumar, yang ditangkap pada 13 Disember tahun lalu dan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat menganjur tunjuk perasaan oleh Hindraf, menyaman ketiga-tiga pihak itu kerana mendakwanya mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.
SK
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment