Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, April 22, 2009

Suara Keadilan kesal KDN masih ugut pengedar

Kenyataan Media
22 April 2009

Suara Keadilan kesal KDN masih ugut pengedar

Suara Keadilan melahirkan kekesalan kerana Kementerian Dalam Negeri
(KDN) masih merampas akhbar ini di permis jualan walau Perdana Menteri telah membatalkan larangan yang dikenakan sebelum ini.

Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulungnya selepas dilantik Perdana Menteri membatalkan penggantungan akhbar milik parti KeADILan ini bersama akhbar milik PAS, Harakah.

Walau bagaimanapun, pihak kami kesal kerana pihak KDN masih melakukan rampasan dan ugutan kepada pengedar kami di seluruh negara.

Pagi ini (22 April), seorang pengedar, Hashim Bakar melaporkan Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran KDN merampas Suara Keadilan keluaran terbaru (edisi 21-28 April) di beberapa permis di Selayang dan Gombak.

Seorang lagi pengedar, G. Ganesan berkata beliau menerima aduan dari beberapa penjual bahawa KDN juga melakukan rampasan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Selain itu, tindakan sama juga dilaporkan di beberapa tempat lain di seluruh negara.

Dalam rampasam itu, pihak KDN tidak menyatakan alasan secara khusus melainkan menyatakan bahawa penerbitan Suara Keadilan menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (pindaan 1987).

Beberapa pembaca juga menghubungi pihak kami dan melaporkan para penjual akhbar di Rawang dan Taman Melawati kini terpaksa menjual Suara Keadilan secara sembunyi-sembunyi (di bawah meja) akibat ugutan dari KDN.

Sehubungi itu, Kami mendesak supaya:
*KDN menghentikan tindakan merampas Suara Keadilan kerana akhbar ini adalah akhbar yang mempunyai lesen serta diterbitkan oleh sebuah parti berdaftar, parti KeADILan.
* KDN mengehentikan segala bentuk ugutan terhadap pengedar kami di seluruh negara dan pengilang.
* KDN tidak menyalahgunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (pindaan 1987) secara sewenang-wenangnya untuk menekan pernerbitan oleh parti pembangkang.
* Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil langkah memastikan KDN dan Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran kementerian itu mematuhi arahan Perdana Menteri untuk membenarkan kebebasan akhbar supaya budaya perbezaan pendapat dapat disuburkan.(tamat)


JABATAN EDITORIAL SUARA KEADILAN

(INFO: Suara Keadilan adalah akbar mingguan dengan jualan 120,000 naskah setiap keluaran.
Ia mula diterbitkan sejak Mei 2005. Konteks: Pengurus Pengedaran (Marina Awanti Nordin) 03-22744931 Pengedar yang membuat laporan:
Hashim Bakar 019 3911197, G. Ganesan 017 6501195)

No comments: