Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, April 27, 2009

Imam Ramlang akan saman Jakim jika rayuan kedua ditolak - Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 26 APRIL (SK) - BEKAS Imam Masjid Negara, Ramlang Porigi akan mengambil tindakan saman keatas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sekiranya rayuan kedua pemecatan beliau ditolak

Jelasnya, setakat ini beliau masih menunggu keputusan dari tempoh rayuan yang akan berakhir Mei depan supaya tindakan pemecatan yang dilakukan keatas beliau pada 20 Januari lalu tidak sah.

“Sekiranya saya masih dipecat setelah rayuan saya ditolak, saya akan mengambil tindakan saman bagi mencabar pemecatan saya,” katanya kepada Suara Keadilan petang ini.

Tindakan pemecatan itu diambil dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah “mencemarkan nama perkhidmatan awam” setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar Ibrahim ketika bertanding di Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu.

“Tujuan saya ke pentas itu bukan untuk tujuan politik, tetapi untuk membersihkan nama saya dan nama Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menabur fitnah jahat,” katanya lagi

Jelas Ramlang, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan yang diangap mengunakan pentas politik untuk berkempen.

Dalam proses rayuan ini, Ramlang yang sudah berkeluarga tidak mendapat apa-apa sumber pendapatan dan hanya mendapat upah dengan mengadakan kelas-kelas agama di beberapa tempat di negeri Selangor.

“Selepas tempoh rayuan ini saya akan memikirkan samaada meneruskan kerjaya saya di Jakim atau menerima tawaran dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat terutama Selangor,” katanya lagi.

SK

No comments: