Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, April 24, 2009

Pakej rangsangan rumah pelacuran - KLpos

BERLIN - Tempoh masa yang lama tidak diperlukan oleh krisis kewangan dunia untuk menjejaskan profesion paling tua di Jerman.

Jerman yang membenarkan industri pelacuran kini melaksanakan pakej rangsangan bagi meningkatkan perniagaan berikutan penurunan permintaan daripada pelanggan.

Beberapa rumah pelacuran mengurangkan harga dan mengadakan promosi secara percuma selain memperkenalkan kadar bayaran purata.

Bas-bas pengantara percuma dan potongan harga untuk penduduk yang berumur serta pemandu teksi turut diperkenalkan oleh rumah-rumah pelacuran.

"Waktu sukar untuk kami," kata seorang pengurus sebuah rumah pelacuran di Hanover, Karin Ahrens.

Wanita itu memberitahu pendapatannya menurun sebanyak 30 peratus.

"Anda tidak boleh mengenakan bayaran tambahan dan terdapat tekanan untuk mengurangkan harga. Promosi khas amat penting buat masa ini," katanya.

Beberapa idea menarik digunakan oleh rumah pelacuran termasuk memperkenalkan kad kesetiaan, parti seks dan rebat untuk pemain golf.

Seorang pengurus di sebuah rumah pelacuran di Hamburg, GeizHaus berkata, pelanggan tetap yang kerap datang dua atau tiga kali seminggu kini berkunjung cuma sekali atau dua kali seminggu.

Seorang pengurus sebuah lagi rumah pelacuran di Berlin, Ecki Krumeich berkata, dia menghadapi tekanan untuk mengurangkan harga walaupun pelanggan tua dan pemandu teksi mendapat diskaun sebanyak 50 peratus pada Ahad serta Isnin.

"Kami akan terus memantau situasi ekonomi dan membuat pelan kecemasan" katanya yang mengendalikan 70 pelacur. - Reuters


KLpos


No comments: