Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, April 17, 2009

Mahkamah tolak rayuan, pemimpin Hindraf terus ditahan ISA - Harakah

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan pembebasan tiga pemimpin Hindraf dan memutuskan untuk terus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun.

Bernama melaporkan,Hakim Dato' Nik Hashim Nik Ab Rahman, yang mendengar rayuan mereka, bersama hakim Dato' Seri S Augustine Paul dan Dato' Hashim Yusoff, berkata asas penghakiman sebulat suara itu akan diumumkan kemudian.

Tiga tahanan itu ialah M Manoharan, 48; P Uthayakumar, 47, dan K Vasantha Kumar, 36.

Mahkamah itu juga menolak rayuan dua lagi pemimpin berkenaan selepas peguam yang mewakili mereka Karpal Singh memohon menarik balik rayuan kerana mereka sudah dibebaskan daripada ditahan mengikut ISA.

Peguam R Kengadharan, 42, dan V Ganabatirau, 36, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan oleh Dato' Seri Najib Razak selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 April.

Kelima-lima mereka mengemukakan rayuan bagi kali kedua di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei tahun lalu selepas permohonan sama ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Persekutuan.

Mereka dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di Pusat Tahanan Kamunting di Taiping, Perak pada 13 Disember 2007 kerana didakwa terbabit menganjurkan tunjuk perasaan jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kerajaan.

Permohonan pertama mereka bagi mendapatkan pembebasan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Disember 2007, ditolak mahkamah berkenaan. - mks. _


Harakah

No comments: