Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, May 2, 2009

Anwar: Pekerja Nadi Ekonomi Malaysia - TVAntara

Golongan pekerja merupakan nadi pembangunan negara, tanpa titik keringat mereka negara tidak akan mengecap kejayaan hari ini, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu dalam Perutusan Hari Pekerja 2009 menyeru kerajaan dan rakyat Malaysia supaya mengenang pengorbanan golongan pekerja di kala Malaysia bergelut dengan kegawatan ekonomi masa kini.

“Kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Pengurusan ekonomi yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap para pekerja,” kata Anwar.

Beliau menegaskan di kala ketidaktentuan ekonomi hari ini, kerajaan perlu mendengar suara kesatuan-kesatuan sekerja supaya kebajikan golongan pekerja dipelihara.

“Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5 peratus tahun ini, bermakna hampir 500,000 individu akan kehilangan pekerjaan. Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi,” tegas Anwar.

“Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar-warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan BN. Perubahan yang sebenarnya tuntas memperjuangkan hak warga termasuklah golongan pekerja,” tambah beliau lagi.

TVA

No comments: