Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, May 4, 2009

Sultan Azlan Perkenan Bubar DUN Sebelum 7 Mei? - TVAntara

Dalam pada persiapan menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak mulai 7 Mei depan sedang rancak direncanakan oleh kerajaan kudeta Zambry, timbul pula desas desas di kalangan ahli politik Perak dan bisikan pihak istana bahawa Sultan Azlan Shah berkemungkinan besar akan memperkenankan permohonan Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN sebelum pun DUN sempat bersidang.

Sumber-sumber memberitahu TV Antara, Sultan Perak akan terlebih dahulu memperkenankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap baginda bagi mempersembahkan permohonan pembubaran DUN dan dijangka baginda akan memperkenankan permintaan itu.

Kesimpulan ini dibuat memandangkan pergolakan politik Perak tidak mungkin reda dalam masa terdekat sejak Umno dan Barisan Nasional merampas kuasa daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui 52 peratus jumlah undi yang diperolehi semasa Piliha Raya Umum ke 12 tahun lalu.

Datuk Seri sebelum ini telah menulis dua kali kepada Sultan Perak bagi memohon mengadap baginda untuk berbincang mengenai pembubaran DUN setelah Umno dan BN "menculik" tiga daripada Ahli Dewan Undangan Negerinya dan memaksa mereka menyokong kerajaan kudeta Zambry.

Walau bagaimanapun pihak istana sampai kini belum lagi memberi apa-apa jawapan terhadap permintaan mengadap yang dipohon oleh Datuk Seri Nizar.

Pertama kali beliau menghantar surat berhubung perkara tersebut ialah pada 11 Mach lalu bagi memohon menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh pada 3 Mach.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Susulan kepada surat pertama itu telah dihantar kepada istana sejurus sahaja Datuk Seri Nizar diisytiharkan menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu. -
TVA

No comments: