Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, September 8, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TIDAK MENJADI PENGHALANG - ANWAR

Didalam kenyataan media Dato Seri Anwar di Indonesia sewaktu membuat lawatan kerja selama dua hari di negara tersebut beliau tetap yakin terhadap pembentukan kerajaan baru di Malaysia kerajaan Pakatan Rakyat. Tegasnya walau apa jua serangan atau strategi Barisan Nasional di dalam masa terdekat ini kita tetap komited dan yakin malah beliau dengan tersenyum memberitahu semuanya masih ” On Track “

Menurut Anwar Beliau mendapat tanda-tanda positif dari mereka semua, namun apa yang di kesali apabila kerajaan menggunakan pelbagai cara di dalam menggagalkan usaha tersebut. Usaha terbaru kerajaan dengan membawa kesemua Ahli Parlimen mereka ke luar negara untuk lawatan sambil belajar jelas dilihat mereka gusar dengan bayang-bayang 16 September ini.

Jika mereka tidak takut kenapa perlu di adakan program tersebut pada tarikh tersebut. Jika benar apa yang di kata mereka bahawa 16 September ini hanya sekadar omong kosong kenapa mereka perlu mengambil tindakan seolah untuk membawa kesemua Ahli Parlimen mereka jauh dari sini ?

Jika dikaji semula mana mungkin seorang yang berfikiran politik berani mengambil keputusan sedemikian jika tiada sebab musabab mengadakan lawatan tersebut kerana tindakan mereka sekaligus mencerminkan situasi sebenar di mana jelas tarikh dan tempoh tersebut begitu berkaitan dengan usaha Anwar 16 September ini. Kenapa tidak di pilih tarikh lain yang lebih sesuai berbanding bulan puasa ?

Adakah mereka sendiri sudah tidak yakin serta hilang kepercayaan pada diri sendiri serta orang-orang mereka ?.Lihat sahaja pada mulanya dengan mengeluarkan surat akur janji kemudian di bawa pula untuk program ini. Sudah pasti ia berkaitan.

Walaubagaimana jelas Anwar usaha mereka dengan membawa kesemua Ahli Parlimen mereka ke luar negara hanya satu tindakan yang membuang masa dan ia tetap tidak akan menghalangnya dari terus membentuk keraajaan baru dengan mengulingkan kerajaan lama yang selama ini mengurus negara kearah ke hancuran.

Difahamkan kesemua Ahli Parlimen akan pulang ke tanah air pada 17 September ini maka pertemuan yang lengkap akan di adakan pada detik itu. Jelas apa cara sekalipun ia tidak permah mengagalkan usaha pembentukan kerajaan baru.

Ketua pembangkang yang baru itu juga sempat di Tanya :
If he had used his two-day trip to Jakarta to meet with potential government defectors, Anwar said: “I won’t comment on that, but I will say it’s a good visit.”

Sumber: p99ampang

No comments: