PETALING JAYA, 2 OGOS (SK)- Pakatan Rakyat menganggap model pembangunan sosio ekonomi yang dijalankan oleh Barisan Nasional telah lapuk dan tidak mampu mengangkat penguasaan ekonomi seterusnya menjamin keadilan kepada masyarakat di negara ini.
Ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata, jesteru itu Pakatan Rakyat mengesyorkan model pembangunan ekonomi yang mampu berdaya saing dengan negara-negara yang lebih maju khususnya di rantau asia.
Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam satu sidang media di ibu pejabat KeADILan di Merchant Square, Tropikana di Petaling Jaya pagi tadi.
“Kita menekan keperluan menarik pelabur tempatan dan asing. Tanpa pelaburan besar, malaysia tidak mampu mengngkat pertumbuhan ekonominya, selain dari menjamin pengurusan dan pertanggungjawaban kerajaan yang lebih baik”. ujar beliau.
Anwar berkata, kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan perbentangan belanjawan 2009 yang memberikan gambaran seolah-olah belanjawan tersebut memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat di negara ini.
” Tetapi tanpa pertumbuhan ekonomi, inflasi yang meningkat, habuan kepada rakyat tidak seperti yang digambarkan. Kenyataan nya ialah jurang pendapatan yang lebih parah, harga barang yang meningkat, kemiskinan bandar dan desa yang tidak ditangani, rasuah yang parah dan kos perniagaan yang meningkat” ujarnya.
Beliau menambah, perbelanjaan pengurusan yang meningkat sebanyak 154 bilion dan kenaikan 20 peratus dalam tempoh satu tahun menggambarkan cara pengurusan Abdullah yang tidak bertanggungjawab.
” Perbelanjaan mengurus umpamanya meningkat 200% sejak tahun 2000. Keduanya, jumlah pelaburan berkurangan sejak tahun 2004 dan ini tidak menggambarkan keupayaan Malaysia untuk mengangkat kedudukan ekonomi termasuk dana domestik yang mengalir keluar” ujarnya.
Menurutnya, berbanding prestasi pertumbuhan yang dicatatkan pada tahun lalu, dijangka pertumbuhan ekonomi lebih rendah pada tahun ini iaitu 5.7 dan 5.4 pada 2009.
Katanya lagi, Inflasi yang dicatatkan paling buruk dalam tempoh 27 tahun akibat pengurusan lemah dan kesilapan besar kerajaan BN dalam menaikkan harga minyak.
Anwar menambah, keadaan ini akan menjadi lebih parah apabila kenaikan harga barangan makanan naik sebanyak 11.2 peratus dan kos pengangkutan meningkat 22.7 peratus.
Anwar berkata, defisit kewangan meningkat 4.8 peratus dan menurutnya adalah kurang tepat apabila Abdullah menyebut kadar tersebut dicatatkan sejak 12 tahun lalu dan tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang tenat pada masa kini.
” Ada beberapa inisiatif belanjawan yang dituntut oleh rakyat termasuk soal pengangkutan di Kuala Lumpur dan Penang. Jumlah yang diperuntukkan 35 bilion ringgit semua di bawa kepada suruhanjaya pengangkutan awam di bawah Jabatan Perdana menteri dan membimbangkan adalah satu2 nya syarikat yang dikenalpasti untuk menjalankan projek besar ini adalah Scomi” katanya.
Menurutnya lagi, indeks kemiskinan masih terlalu rendah dan tidak menggambarkan kemiskinan sebenar yang dialami oleh rakyat di negara ini.
Anwar dalam yang sama mengulas mengenai sistem tender terbuka, cadangan untuk mengurangkan harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat, inisiatif pengangkutan yang lebih berkesan dan pembatalan projek-projek mega yang membawa kerugian kepada negara.
Sumber: Suara Keadilan
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment