Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, November 17, 2008

Ngap Sayot!

Majlis makan malam di Sibu semalam dihadhiri lebih dari tiga ribu orang. Selain menerima penyertaan ADUN Kawasan Ngemah; Gabriel Adit, saya turut mengalu-alukan kemasukan Beginda Minda beserta 12 ribu yang lainnya ke dalam parti.

Jamuan sebegini mungkin saja biasa di kalangan masyarakat Cina saperti mana ketika majlis-majlis ceramah di Semenanjung. Tetapi kehadhiran teman-teman Iban, Dayak, Urang Ulu, Bidayuh, Penan dan Melanau malam tadi mampu dinukilkan sebagai permulaan gerakan rakyat pendalaman. Turut sama hadhir ialah wakil kepimpinan PKR Pusat iaitu saudara Tian Chua dan Dato’ Salehuddin Hashim.

Kehadhiran khalayak dalam majlis semalam jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak juga tidak mahu tertinggal dari menyertai arus perubahan. Ini merupakan petanda baik kerana mesej yang ingin kita bawa jelas melewati sempadan etnik dan kebudayaan. Kerjasama yang lebih akrab di antara PKR dan DAP Sarawak wajar disegerakan. Hayat BN di Sarawak, kian hari sudah sampai ke penghujungnya. Ngap Sayot!

ANWAR IBRAHIM

No comments: