Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, November 14, 2008

Ronnie kesal tindakan polis

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu kesal dengan tindakan polis menahannya dengan cara kasar seolah-olah menganggap diri beliau seperti seorang penjenayah.

Katanya pihak polis boleh menghantar surat ataupun membuat pangilan telefon kepadanya jika mahu beliau hadir ke balai polis.

“Ini tidak, mereka datang menangkap saya di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) walaupun saya ada mengatakan supaya saya diberi peluang untuk pergi ke mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum saya pergi ke Balai Polis Puchong,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Exco pada 12 November lalu.

Ronnie ditangkap lebih kurang jam 1.50 petang ketika beliau baru pulang dari Seminar Pengurusan Sistem Pepejal di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Apabila beliau sampai sahaja di bangunan SUK, tiba-tiba sepasukan lapan angota polis berpakaian biasa dan lengkap menangkap beliau dan membawanya ke Balai Polis Puchong.

“Apabila saya sampai di Balai Polis, seorang pegawai menyuruh saya menelifon seorang penjamin dan memberi saya peluang untuk diikat jamin. Mereka memberitahu, saya akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Petaling jaya pada 17 November ini,” katanya lagi.

Ronnie berkata beliau ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah menghalang sesiapa baik pun MPSJ ataupun polis kerana beliau hanya diminta bantuan menyelesaikan masalah orang awam yang dihalau daripada hotel dan tidak dapat kembali duit deposit milik mereka.

“Atas permintaan orang awam berkenaan, saya pergi ke hotel tersebut untuk menolong mereka yang dihalau dan lebih penting lagi mereka tidak diberi peluang mengambil balik barang-barang peribadi mereka seperti telefon bimbit, dompet duit dan sebagainya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau juga mensyaki terdapat unsur-unsur politik daripada penahanannya. Ini kerana apabila yang seseorang dituduh, mereka akan diberikan masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk mencari peguam yang sesuai bagi membina satu kes untuk mempertahankan diri.

“Tetapi dalam kes ini, saya hanya diberikan sehingga hari isnin iaitu tidak sampai satu minggu. Ini agak luar biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu,Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun pihak berkuasa berhak mengunakan undang-undang, mereka juga perlu menjaga tatatertib dalam menahan seseorang.

“Ronnie merupakan seorang Exco Negeri Selangor dan seorang yang dihormati dalam masyarakat. Oleh itu katanya, Ronie bukan seorang penjenayah yang perlu dilakukan sedemikian oleh pihak polis,” katanya di sidang media yang sama.

Menurutnya lagi, walaupun Ronnie disiasat oleh pihak polis, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada beliau kerana Ronnie merupakan seorang Exco yang bertangungjawab dan Kerajaan Negeri memerlukan beliau untuk sama-sama mentadbir negeri.

Sumber:
Suara Keadilan

No comments: