Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, November 20, 2008

Sedekad Reformasi : Memimpin Harapan Rakyat

Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK). Agenda utama perbincangan ialah berkisar mengenai persiapan perhimpunan tahunan anak muda iaitu Kongres AMK yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 28 November 2008.

Saya yakin ini merupakan perhimpunan bersejarah dan penuh bermakna buat warga AMK memandangkan ianya merupakan perhimpunan besar yang pertama selepas Keadilan dan Pakatan Rakyat memenangi 5 buah negeri. Perbincangan di kalangan exco sebentar tadi memutuskan untuk mengangkat tema : Memimpin Harapan Rakyat sebagai tema utama kongres kali ini.

Tahun yang lalu, AMK mengemukakan tema Daripada Harapan Kepada Kemenangan. Saya teringat semula komen spontan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) apabila sambil berseloroh beliau berkata bahawa saya meminati lagu Zaiton Sameon, Menaruh Harapan. Walau bagaimanapun terbukti bahawa akhirnya beliau bersetuju dengan konotasi Harapan apabila di dalam kempen pilihanraya yang lalu, tema Harapan Baru Malaysia dijulang sebagai tema yang telah menafikan majoriti 2/3 parti lawan.

Sekarang, setelah 10 tahun laungan dan pekikan reformasi, rakyat telah memberikan kepercayaan dan amanah kepada Keadilan untuk mentadbir. Saya yakin, expectation (dengan izin) rakyat memang tinggi kepada kita untuk memimpin perubahan ini. Justeru, biarlah AMK mempelopori usaha ini dengan mengajak para perwakilan dan pemerhati untuk bangkit dengan semangat yang lebih segar selepas kongres ini dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya memimpin harapan ummat.

Saya alu-alukan sebarang pandangan dan input untuk dimasukkan di dalam ucapan dasar AMK kali ini. Sila emel kepada saya di
shamsuliskandar@gmail.

Sumber: Shamsul Iskandar

No comments: