Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, November 20, 2008

Tan Yee Kew dilantik ketua perangan PKR S'gor

PKR Selangor membuat rombakan membabitkan tiga jawatan penting bagi memantapkan lagi pentadbiran parti itu, termasuk pelantikan bekas timbalan ketua Wanita MCA, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew sebagai ketua penerangan yang baru.

Pada 17 Julai lalu, Dr Tan mengumumkan keluar MCA atas alasan parti itu bukan lagi satu wadah berkesan untuk membela nasib rakyat dan negara.

Beliau menggantikan Nashruddin Abdul Aziz yang memangku jawatan tersebut apabila bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar, Yahya Sahri, melepaskan jawatan itu pada 23 Jun lalu.

Yahya meletakkan jawatan kerana "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Abdul Khalid" yang menggantung tugasnya berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di Petaling Jaya.

Dr Tan memulakan tugas pada 30 Oktober lalu di samping Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang menggantikan wakil rakyat Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Ahmad sebagai timbalan ketua perhubungan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari pula mengambil alih jawatan setiausaha perhubungan PKR Selangor, menggantikan ketua bahagian Serdang, Hamidi Hassan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Amiruddin mengesahkan pelantikan baru itu.

Pasukan petugas

Menurut beliau, rombakan itu dibuat bagi meralisasikan projek PKR Pusat yang ingin memantapkan urusan pentadbiran parti itu di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Menurut Amiruddin, rombakan itu dicadangkan sebuah pasukan petugas yang diinspirasikan oleh bendahari PKR William Leong yang memulakan kajian mereka September lalu.

Pasukan itu, katanya, akan mengenalpasti masalah parti yang melibatkan hal-hal pentadbiran, pengurusan ahli baru dan kewangan negeri.

"Kita hendak naik taraflah," katanya.

Anggota Biro Politik PKR negeri itu juga akan dianggotai empat muka baru yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat negeri itu - Adun Gombak Azmin Ali, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Zuraida Kamaruddin (MP Ampang) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia).

Selain rombakan dalam pejabat perhubungan negeri, sebuah forum yang mengumpulkan ketua-ketua bahagian seluruh Selangor dan wakil rakyat - Adun dan ahli parlimen - akan turut ditubuhkan.

Bertindakan sebagai ejen semak dan imbang, kumpulan ini akan bertemu setiap sebulan membincangkan polisi-polisi kerajaan Selangor.

Sumber:
Malaysiakini

No comments: