Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, March 18, 2010

AMK Cabar Berdepan Dengan Zahrain - SK

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar.

"Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut.

"Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat.

"Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti.

"Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain.

"Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagi

Beliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club.

SK

No comments: