Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, March 19, 2010

Anwar Sampaikan Kuliah, Temu Rakyat Malaysia Di London - SK

KUALA LUMPUR 19 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kuliah “Religious Pluralism in a Divided World” dalam siri syarahan yang dikenali sebagai "Anwar Ibrahim London Lecture" di kotaraya London semalam.

Kuliah tersebut diadakan di Shaykh Zayed Theater, New Academic Building, London School of Economics and Political Science pada pukul 5 petang waktu London.

Kuliah tersebut adalah antara program yang dianjurkan oleh LSE yang menghimpunkan tokoh-tokoh dunia dan pelajar LSE dan orang awam dalam suasana akademik dan pertukaran pendapat dalam isu-isu berkaitan politik, ekonomi, sosial dan hubungan antarabangsa.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Anwar bermesyuarat bersama mantan Naib Presiden Amerika, Al Gore dan bekas Presiden Republik Ireland Mary Robinson yang sekarang ini dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketua Pembangkang akan juga menghadiri satu program khusus bersama rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom. Program itu akan diadakan hari ini jam 7 malam bertempat diUniversity of Westminster Hogg, London.

SK

No comments: